You are currently browsing the daily archive for November 20, 2007.

Nak kata dah kahwin, rasanya belum lagi, bila tanya bila nak kawin?
entahlah….. x tau lagi….
perangai mengalahkan org dah kawin berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,ikut trend masa kini..
heran….pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker, tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar / kejer kau buat leka…
nak kata tak belajar agama,kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar…
belajar tinggi sampai gayat, tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal…. tunggu sampai jadi mayat ?…
sana sini buat wayang, orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang, kalau idup sure kena terajang…
dulu masa single okey jer, sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer, apa…. kulit dah tebal nak masuk neraka?…
bila kena tangkap khalwat, buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat, tambah muka penuh jerawat..
masa buat x tau malu, ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu, sekarang lagu mana… susu dah jadi keju..
suruh sembahyang…nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi, nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²…
yang si mamat nie pun sama, suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama, sampai solat jumaat pun nak
dikerjakan bersama, kesudahanya hari jumaat, org pegi solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat, layan awek sampai penat…
kalau diri dah gatal sangat, kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat, sajer suka² penuhi syarat..
org couple dier ikut sama, tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama, macam mana ‘ bercinta cara islam’ itu nak dijana….
bukan mengata bukan mengumpat, siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat, jangan buat benda yang x tepat…
bonceng sana bonceng sini, bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi, dapat peluk pinggang balak..
balak kat depan mata melilau, awek kat belakang bukanya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau, silap hari bulan sure kena sepak..
awek pulak bangang, perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang, yelah….balak cover, belum pecah
tembelang…
pegang sana pegang sini, x takut ker susutnilai,
kahwin belum tentu lagi, kalau x jadi x ker hilang permata bernilai…
tulah… Tuhan bg akal x pakai, Tuhan bagi hati x tahu menilai,
diri sendiri yang lalai, baik buruk pun x reti nak nilai..
kalau org cakap marah, bila org nasihat melenting, “taulah…taulah x
payah susah²,” tau lak senyap bila dah bunting….
la ni baru nak ingat Tuhan, itu pun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan², baru sekarang menyesal bangat….
nasib baik tuhan tu maha penyayang, itupun nasib baik umur masih
panjang,ada peluang nak mengucap panjang, mintak ampun, panjat doa
memanjang…
perkara lepas jangan dikenang, pintu taubat terbuka luas,
hidup bukan untuk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas…

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara
pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-
kawan dan
keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati
hari
yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar
biasa
dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita
begitu
cantik
dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin
lelaki
dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang
mata
yang memandang setuju mengatakan bahawa
mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada
suaminya:

“Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam
majalah tentang bagaimana memperkuatkan
hubungan dan
tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut.

“Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita
mengubah
hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita
bersama lebih bahagia …”.

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-
hal
akan tersinggung ketika pasangannya mencatat
hal-
hal
yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan
mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk
berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas
dalam
benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. “Saya akan mulai dulu ya”,
kata
isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat …

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang
tidak
dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan
bahawa airmata suaminya mulai mengalir … “Maaf,
apakah saya harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak,
teruskan …” jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
“Sekarang giliran abang membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan suaminya berkata, “Aku
tidak
mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir
bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak
ingin
mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu
sendiri.
Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun
daripada
peribadimu yang kudapati kurang …”

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati
suaminya…bahawa suaminya menerimanya apa
adanya. Ia
menunduk dan menangis …

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup
SEMPURNA
untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau
jawapan
nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana
tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade
yang
perlu diperbaiki… wallahualam

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita
tak
kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai
kita
kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana
kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini
ikhlas
dalam menyayangi diri kita… INSYAALLAH


15/05/2007 1:52:11

AKU BENCI KORUPSI

 

 

AKU BENCI KORUPSI

 

Aku tak suka korupsi. Sememangnya dari kecil aku dididik sebagai tidak memihak kepada korupsi. Aku paling mengeji dan tidak suka hal yang berkaitan penindasan. Bagi aku, orang yang berkuasa ini tidak selalunya di atas. Hidup ini umpama roda-Senior SMSTMFP ’01. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Ianya sentiasa berputar dan terus berputar tidak mengikut tetapan arah jam atau lawan arah jam. Mata pena ada masanya lebih tajam dari mata pedang dan jangan dibuka sangkar harimau yang sedang lapar. Ubi di dalam tanah sudah tentu ada isinya.

 

AKU BENCI KORUPSI

 

I hate working with this fellow people. You took my time and i’ll kick your ass. Aku paling tak suka buat kerja dengan orang yang tidak pentingkan masa. Tidak ada komitmen. Bagaimana Melayu atau Malaysia akan maju jika perhatian yang sepenuhnya tidak diberi. For me, this people are dicipline fewer and are useless. We dont need working party like this behaviour. Agree with me? Kerja sambil lewa dan tidak mementingkan masa adalah ciri-ciri orang yang tidak berdisiplin. Time is not describe as a gold but  as a candle, burning candle. Emas bagi aku tidaklah begitu berharga berbanding masa. Masa adalah umpama lilin yang sedang bernyala, ia akan cair dan cair tanpa menghiraukan lambaian sesiapa supaya berhenti dari terus cair. Masa tidak menunggu sesiapa. Satu saat kita leka, satu peluang kita terlepas.

 

AKU BENCI KORUPSI

 

Rasuah bermaharajalela umpama chocolate chips pada biskut. Bebas diperdagangkan dan diamalkan. Rasuah harus dibendung dari bawah. Setiap organisasi harus melantik badan pencegah rasuah tersendiri. Jangan terlampau mengharapkan BPR yang tidak berguna kerana ianya seumpama pagar makan padi. Pegawai-pegawai kanan dan anggota BPR umpama bapak ayam kampung yang berkokok berderai-derai tetapi di ekor ada najis. Setiap agama dan ajaran mengharamkan rasuah-rasanya ajaran Ayah Pin pun haramkan rasuah. Dengan rasuah, melayu dan masyarakat malaysia khususnya menjadi lebih malas dan suka bergantung kepada orang lain. Politik wang berlaku di mana saja dan yang terkecuali atau tertindas adalah golongan yang tidak berwang. Yang kaya akan senang membayar  lesen-lesen terbang manakala yang miskin akan menggadai maruah untuk menggantikannya dengan lesen terbang. Aku memang anti-rasuah!

 

AKU BENCI KORUPSI

 

Aku benci pada manusia yang suka menyusahkan orang. Serabut kepala dan menghabisakan masa aku memikirkan masalah mereka. Jika hala atau perkara yang mereka lakukan tidak menyusahkan kita, aku tidak kisah tetapi disebabkan pemikiran cetek, selfish, dan terlampau ikutkan perasaan, perbuatan mereka ini sememangnya mendatangkan keburukkan pada semua. Ada ketikanya kita tanpa sengaja ‘ter’menyusahkan orang lain dalam hidup ini dan mereka ada masa sudi menolong kita. Tapi, mereka ini akan berubah daripada ikhlas kepada meluat dan jemu dengan masalah kita yang kini mengheret diri mereka ke lembah permasalahan. Tanpa kawan siapalah kita. Memang benar apa gunanya kawan kalau tidak dapat membantu kawan dan ini akan merapatkan hubungan. Jika kita fikir secara logiknya, jika hanya sebelah pihak sahaja yang selalu memrlukan pertolongan dan sebelah pihak lagi selalu hanya menolong, adakah ini dipanggil erti persahabatn sedangkan kedua-duanya sama taraf dan sama berkeupayaan. I have all the thing that you have, so whats the matters? Can  manage yourself to be a better life like me? We are in same region and in same condition, so lets  consider. I dont need to help you but just support you. I’m the supporters.

 

AKU BENCI KORUPSI

 

Aku benci pada penjanji setia. Janji kosong. Big liar! Semua orang boleh cakap dan bilang dia mahu buat sesuatu yang hebat. Orang tua kedai kopi pun boleh cakap macam tu. Kenapa harus kita bilang sama dunia yang kita mampu buat sesuatu yang kita tidak mampu? Dan pada akhirnya akan meninggalkan tanda soal dan janji kosong. Ada kalanya benda yang kita mampu telah kita janji untuk laksanakan tetapi kerana terlampau mampu dan janji yang ditaburkan terlampau remeh temeh, kita biarkan ianya tergantung. Buat apa kita hendak menabur masa dan duit pada benda yang temeh? Inilah cara melayu masa kini. I hate this style. Janji yang kita tabur itu adalah harapan sesetengah golongan manusia. Kelompok manusia ini menaruh harapan dan memberi segalanya tanggungjawab kepada kita. We must do it. Just do it! No reason and no excuse.

November 2007
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

“berpesan-pesan”

Seseorang yang tidak melakukan dosa, lalu menganggap bahawa dirinya tidak lagi berdosa, sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Seseorang yang telah melakukan dosa, lalu senantiasa bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah, maka dialah yang terampun dosanya.

total of visitor

  • 172,589 person