You are currently browsing the category archive for the ‘agama’ category.

Surat berantai khurafat fitnah “Sheikh Ahmad”
oleh:Asyraf Wajdi(majalah DAKWAH, Mei 1978)
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun. Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979). Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya diPekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”. Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”. Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim”.

nie la contoh emel berantai lak…isi kandungan nyer sama je ngan surat berantai.

—–Original Message—– From: muddat@petronas.com.my [ mailto:muddat@petronas.com.my mailto:Azmat.ali@shell.co.nz < mailto:Azmat.ali@shell.co.nz, aidi.heglig@gnpoc.com , Azm
Subject: Fwd: can you forward this on in your mailing list please
Assalamu Alaikum This is a letter from Saudi Arabia and addressed to all the Muslims. These are the words of Sheik Ahmed, the watchman of the Prophet Muhammad’s mosque (PBUH). On Friday night after reciting the Holy Quran, Sheik Ahmed slept and saw the Holy Prophet (PBUH) in his dream. The Prophet (PBUH) said to him, “Sheik Ahmed, this Friday about six thousand 6,000) people died, but none of them went to heaven. The women do not follow what their husbands tell them anymore. The believers who have money do not help the poor. People do not perform their pilgrimage as it is prescribed. The Muslims do not say their prayers regularly, let alone how it is supposed to be.” Sheik Ahmed, tell the Muslims that this letter comes from you. They are to produce more copies of this letter and give to other Muslims so that it can spread and get to all the Muslims in this world. Anyone who produces this and spreads it to other Muslims will see it indeed (will see the REWARD).
The Prophet (PBUH) will count such a person to Paradise along with his children. The Muslim who receives this letter and refuses to disperse it among other Muslims will not see benediction INSHALLAH). Those who are indebted must write. Allah in his infinite mercies will send help to pay his debt. I, Sheik Ahmed, if what I said is a lie, May the Prophet (PBUH) not send his divine benediction to me. Dear Muslim brothers and sisters, You must follow the religion the way the Prophet (PBUH) honored it, like the divine revelation it is. Ask for forgiveness, fast every Monday. Produce twenty (20) copies of this letter and spread it to all Muslims. Anyone who does this until all Muslims get a copy, Will INSHALLAH, see the opening of the Prophet’s (PBUH) desires and success will follow. He will see the things he had never seen before.
This is not a letter to be kept. This letter must be dispersed in large quantities. A man called Klavern, got this letter and gave it to his secretary to produce twenty (20) copies and disperse them. After some days, he saw many doors of opportunities opening up for him. Another person named Abdul-Salam got it and forgot it in the drawer of his office, and after a certain time he lost his job. He later remembered the letter and went and produced twenty (20) copies which were distributed and within five (5) days he got employed and is in a higher position than what he had before. Another man called Balemanthan received it and he thought it was something useless and treated it without respect or courtesy. He tore the letter and within nine (9) days he died. I am appealing to anyone who comes across this letter to kindly circulate it in large volume.

http://www.geocities.com/bkinrara4/berantai.htm

Islam dan Tidur

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahwa Nabi telah bersabda:

“Jika salah seorang di antara kamu berasa ngantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang dari kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, karena sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan di dalam majalah perubatan “Lancet” pada bulan Oktober, 1999 (rujukan: Lance – ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Sebagai agama seimbang, Islam mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadits disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mau tidur malam karena ingin melakukan ibadah. Lalu ditegur oleh sahabatnya bernama Salman:

“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan istrimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman” – (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahwa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadits yang lain diceritakan bahwa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitau bahwa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan shalat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bershalat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur” – (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahwa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang kaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang munasabah adalah salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam
kitab “Misykatul Masabih” disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya”

Imam Al-Ghazali di dalam kitab “Ihya Ulumuddin” telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari karena ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk shalat zuhur”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

zzzzz….zzzzz….

 


Sufyan Atsauri berkata: “Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

 


Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa

gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung.


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas
yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara
isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

abdullah gul dan isteri. abdullah badawi al islamhadhari an isteri

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….

” Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah yang percaya pada Allah dan
RasulNya. Kalau ada mereka pada suatu pekerjaan bersama-sama tidaklah
mereka pergi saja (meninggalkan majlis) sebelum meminta izin kepadanya.
(An-Nur:62) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang
telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri “

Jun 2017
I S R K J S A
« Feb    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

“berpesan-pesan”

Seseorang yang tidak melakukan dosa, lalu menganggap bahawa dirinya tidak lagi berdosa, sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Seseorang yang telah melakukan dosa, lalu senantiasa bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah, maka dialah yang terampun dosanya.

total of visitor

  • 165,912 person