Keputusan kes bunuh ditangguh kerana komputer diserang virus
05/03/2009 4:09pm

SHAH ALAM 5 Mac. — Keputusan kes seorang penarik kereta yang didakwa membunuh seorang lelaki Bajau yang sepatutnya didengar hari ini terpaksa ditangguhkan pada hari lain berikutan komputer setiausaha seorang Hakim Mahkamah Tinggi di sini diserang virus.

Sebelum ini, keputusan kes membabitkan tertuduh, Irwan Amat, 32, yang juga anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) turut ditangguhkan sebanyak dua kali.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad memaklumkan mahkamah terpaksa menangguhkan keputusan sekali lagi kerana data yang tersimpan di dalam komputer setiausahanya diserang virus.

Justeru, sambil memohon maaf, beliau menetapkan 30 Mac ini untuk membuat keputusan.

Tertuduh, dari suku Suluk, Sabah, didakwa membunuh Jibal Salim, 34, seorang buruh, di tempat letak kereta Blok Cempaka, Country Homes, Rawang dekat sini, kira-kira pukul 9.45 malam pada 16 Okt 2003. Jika sabit kesalahan, Irwan yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali. — Bernama

berita nie dipetik daripada utusanonline hari nie..
inikah yg dinamakan perjuangan PEKIDA?bunuh membunuh sesama manusia?
persoalannya lagi,,kenapa perlu diketengahkan yg tertuduh ini adalah ahli PEKIDA?adakah semata-mata hendak memburukkan nama PEKIDA?atau ingin meningkatkan lagi kepercayaan orang ramai bahawa PEKIDA ini pertubuhan gangster?
kenapa tidak di’highlight’ disitu yg tertuduh adalah ahli PBSM ke?PAS ke?PEMUDA UMNO ke?
ada unsur nak menjatuhkan dan memburukkan PEKIDA ke?
walaubagaimanapun,salah tetap salah…
berani buat berani tanggung..
amal ma’ruf nahyil munkar!