Satu hari kawan Nor (nama Bibah) menunjuk barang kemas (rantai tangan)
yang baru di hadiahkan oleh suaminya sempena dengan ulang tahun
perkahwinannya. Nor amat tertarik dengan corak gelang tangan tersebut.
Nor menyimpan hasrat untuk membeli gelang tangan macam Bibah.

Satu hari Nor mengajak Bibah kekedai emas dimana Bibah membelinya dulu.
Nor kata dia dapat bonus dua bulan, jadi cukup untuk beli rantai tangan
macam Bibah. Hari itu masa lunch Bibah pergi kekedai emas menemani Nor.

Masa itu hujan renyai. Nor dan Bibah guna payung berasingan. Nor dan
Bibah lintas jalan, Nor pegang tangan Bibah. “Hati-hati kau tu
mengandung nanti jatuh suami kau marah aku pulak”, kata Nor. Sampai di
kedai emas, “Benggali” jaga di kedai Emas tu berkata, “Hei adik, ini jalan licin baik
baik nanti jatuh”. Bibah menjawap, “Terima kasih bai”. Jaga tu tanya
lagi,”Adik mana mau pegi, hari hujan”. Bibah jawab, “Mahu hantar kawan
beli gelang tangan”. ‘Okey masuk masuk”, jawab jaga tu.

Bibah dan Nor mula lah tawar menawar harga gelang tangan itu. Selesai
urusan jual beli, hujan masih turun lagi, lebih lebat lagi dari tadi.
Bai jaga tu kesihan tengok Bibah berdiri lama dan pelawa Bibah duduk di
kerusi yang dia duduk. Bai jaga tu tanya Bibah dan Nor kerja mana dan
macam macam lagi mereka berbual-bual sambil menunggu hujan reda. Tiba
tiba Bibah tersentak bila Benggali jaga tu tanya Bibah, “Adik bai mau
tanyak sikitlah, iniperut besar apa isi?”. Nor pelik dah hampir
setangah jam berbual baru perasan perut Bibah yang agak besar. Bibah
pandang Nor seolah menyuruh Nor jawap. Nor jawap, “Ai bai sudah kawin
itu dalam babylah apa lagi”. Bai itu jawap sengeh, “Oooooh itu macam
kah”. Nor pulak cuba nak lawak dengan Bai tadi dia pun tanya bai tu,

“Ei bai itu bai punya perut besar apa ada dalam?”.
Bai itu jawap, “Oh.. Ini dalam ada anak gajahlah”. Nor pelik, Bibah pun
tanya “Anak gajah!!?”. Bai jawap, “Ialah, saya belum kawin ini dalam
anak gajahlah pasal dia punya belalai ada sini dekat bawah!!! Nor dan
Bibah menyumpah Benggali jaga tu. Dalam hati, “Celaka punya Benggali..
Kita jangan layanlah Benggali nie baik kita belah.”. Mereka beredar dan bai
Benggali tu senyum melihat Nor dan Bibah menjeling padanya.