You are currently browsing the monthly archive for Januari 2008.

Wajahmu
yang ayu menawan
kenapa
dipalitkan topeng berandam
hingga hilang seri asli
menjadi tontonan asyik
mata yang tiada hak
tidakkah kau bimbang
ia kan mencair
mengalir dan menitis
pedih
kerana panasnya api
siksa untuk keegoan.

Mahkotamu
yang panjang mengurai
kenapa
dibiarkan lepas bebas
ditiup angin nafsu
tidakkah kau takut
ia disentak
dengan sisir panas
dari bara jahannam
hingga menggelegak ubun-ubun
balasan untuk keangkuhan

Suaramu
halus nan gemersik
kenapa
lunak berhias
merdu merintih
melirik senyum manja
menggoncang iman tipis
tidakkah kau gentar
gelegak cairan timah
melalui lorong
merencup kerongkongmu
natijah untuk keengganan

Tubuhmu
yang indah terbentuk
kenapa
dibiarkan terdedah
benang-benang pintal
yang singkat
jarang
dan ketat
(apakah tidak cukup ladang kapas)
lenggok beralun membuang langkah
memancing jiwa-jiwa kontang
tidakkah kau gusar
ia hangus hancur
dijilat lahar murka
hadiah untuk keingkaran

Muslimah
tidak cukup
hanya taqwa pakaian batin
perlukan
hijab pakaian zahir
kerana Islam
bukan isi
atau bukan kulit sahaja
tetapi syumul
untukmu
dan untuk semua

Advertisements

Apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin negara sekarang?pening kepala ‘muta itik'(dialek kelantan) saya mengikuti perkembangan tanah air..aduhs..kata PM, 50 tahun merdeka kita dah aman,dan tenteram,maju dan stabil,,tapi..ape ke hell nie?minyak kenderaan naik, minyak masak pun naik gak..teruk nie..

Sekarang nie pula kecoh seantero dnia video lucah Menteri kesihatan..nasib baiklah chua soi lek nie menteri kesihatan,kalau dia meneteri pertahanan,ade yg kena letup ngan c4 nie..tp ok la jugak si chua nie,sbb mengaku dan letak jawatan,jujur la katakan..berani buat berani tanggung bukan mcm menteri2 lain..

Semalam,2 januari,saya ada terbaca satu keratan akhbar utusan yg bertajuk MAT REMPIT BAWA PENGUNDI. lagi la ber’muta itik’ kepala saya nie..dimaklumkan bahwa saya nie anti mat rempit. sememangnya saya sungguh tertarik dgn tajuk berita ini..habis jer baca saya dgn automatik membuat penilaian sendiri: cetek sungguh pemikiran peimpin melayu! di sini saya ingin bertanya pada saudara/saudari sekalian, adakah saudara sokong gejala mat rempit?jika jawapan anda YA, maka kita adalah berlainan kapal dan tidak menrealisasikan konsep modal insan pak lah badawi dan sekiranya jawapan anda TIDAK, sememangnya anda adalah rakyat Malaysia yg mementingkan kualiti bangsa dan kesejahteraan Malaysia di masa depan..berdasarkan keratan akhbar yg saya baca,beliau berkata bahwa golongan mat rempit akan dikerah utk menjadi pengangkutan utama kepada masyarakat pendalaman keluar mengundi pada pilihanraya depan..adakah anda setuju?persoalannya di sini:

  • tidak risaukah kita akan keselamatan penumpang/pengundi yg membonceng bersama mat rempit?sememanya kita tahu bagaimana perangai mat rempit di jalanraya.
  • tidak risaukah kita akan berlakunya gejala tidak sihat seperti masalah sosial
  • adakah elok bg seorg perempuan muda(21 tahun ke atas) membonceng motosikal bersama seorang pemuda yg tidak dikenalinya..saya merasaka ianya tidak elok disisi Islam..mungkin pemimpin nie blh sediakan minah rempit kot utk pengundi prempuan..hehehe..
  • agensi mana yg nak sediakan upah dan minyak motosikal utk golongan mat rempit?SPR ke?kalau SPR,nampaknya SPR kita tubuhkan jabatan khas la..hehe..ada juga pertubuhan yg menyokong mat rempit..tapi mungkin juga UMNO akan taja mereka ni,kalau UMNO mesti lah pembonceng motor akan disokong dan disogok suruh sokong UMNO..hehe..siapa tahu..
  • adakah anda semua sanggup membenarkan nenek,atuk,opah,ibu, ayah,kak long,kak cik,dik su anda digendong oleh mat rempit?selamatkah mereka dari kecelakaan jalanraya?selamatkah mereka dari nafsu2 dan perangai2 tdk bermoral mat rempit?fikirkanlah sendiri..
  • macam mana kalau masa hari mengundi tu hujan?

Mat rempit bawa pengundi

SLIM RIVER 1 Jan. – Mat rempit akan digerak membantu orang ramai ke lokasi mengundi pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Langkah itu, katanya, untuk memastikan rakyat yang di kawasan tiada pengangkutan awam boleh keluar untuk mengundi.

Menurut beliau, tanggungjawab yang diberi itu akan membolehkan mat rempit membantu pengundi memilih kerajaan.

‘‘Saya akan minta mat rempit untuk membantu membawa pengundi pada pilihan raya umum dalam usaha meningkatkan semangat patriotik mereka kepada negara.

‘‘Kita tidak mahu lagi mat rempit melakukan perkara yang tidak diingini, sebaliknya membantu pengundi keluar mengundi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Sumbangan Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di sini.

Sumbangan basikal, wang tunai RM50 dan sijil itu diberi kepada 172 murid cemerlang di kawasan Parlimen Tanjong Malim.

      
p/s:

  • KJ dan PEMUDA UMNO pernah membuat permohonan untuk mengumpulkan 10 000 mat rempit di bukit jalil pd tahun lepas tetapi tidak dipersetujui oleh PDRM.
  • kat Kota Bharu bulan lepas ada ‘sekor’ budak rempit hentak helmet atas cermin kereta seorang perempuan kat satu traffic light..alasannya tak puas hati sbb kena hon..
  • 2 minggu lepas,bontot kereta myvi saya kena langgar dgn mat rempit,tak sempat buka pintu kereta dah lesap dah..rempit oh rempit..
  • pesanku utk mat rempit..MARILAH SAMA-SAMA KITA BERUBAH..MANTAPKAN DIRI KITA DENGAN ILMU,AKIDAH DAN MORAL YG LENGKAP UTK KESEJAHTERAAN MALAYSIA MASA DEPAN..XKAN LA NNT PERDANA MENTERI MASA DEPAN PENCEN MAT REMPIT..

Islam dan Tidur

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahwa Nabi telah bersabda:

“Jika salah seorang di antara kamu berasa ngantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang dari kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, karena sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan di dalam majalah perubatan “Lancet” pada bulan Oktober, 1999 (rujukan: Lance – ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Sebagai agama seimbang, Islam mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadits disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mau tidur malam karena ingin melakukan ibadah. Lalu ditegur oleh sahabatnya bernama Salman:

“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan istrimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman” – (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahwa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadits yang lain diceritakan bahwa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitau bahwa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan shalat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bershalat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur” – (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahwa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang kaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang munasabah adalah salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam
kitab “Misykatul Masabih” disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya”

Imam Al-Ghazali di dalam kitab “Ihya Ulumuddin” telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari karena ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk shalat zuhur”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

zzzzz….zzzzz….

 

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

“berpesan-pesan”

Seseorang yang tidak melakukan dosa, lalu menganggap bahawa dirinya tidak lagi berdosa, sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Seseorang yang telah melakukan dosa, lalu senantiasa bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah, maka dialah yang terampun dosanya.

total of visitor

  • 166,504 person