Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak
ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik
pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

“Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.

“Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam
disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan
diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah
diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

“Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku hanya
mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap
gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku
telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi
telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk menguji
isteriku.

“Wa alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur.

Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya
menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam
ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat
dikawal lagi,

begitu juga isteri ku yang tidak dapat lagi mengawal nafsunya. Kami sudah
tidak berpakaian lagi.

setelah puas foreplay kami sudah bersedia untuk bersatu, tiba-tiba

“Kringggggg….”  “Kringggggg….”  “Kringggggg….” “Kringggggg….”

“Kringggggg….”  “Kringggggg….”  “Kringggggg….” “Kringggggg….”

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut
dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang
benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua
orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah
yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5
buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi…

Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. ..

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah. TAMAT

About these ads