You are currently browsing the category archive for the ‘nukilanku’ category.

assalamualaikum..

dulunya masa kecik2,aku suka sngt tgk polis..

segak.

gaya..

berkaliber..

tapi itu hanya mimpi masa kecik2 jer…

bila da dewasa, da jejak kaki kat KL,JB,IPOH,KUANTAN,KB,KK,KUCHING…br aku TAHU sape dan ape sebenarnya keje POLIS malaysia..

mula dari citer DSAI,ALTANTUNYA, sampai la ke citer lembu pak cik kordi hilang, semua nya jelas..kalau kabur pun sikit2 jer..

dalam PDRM susah nak jumpa anggota yang betul2 jujur,amanah dan bertanggungjawab..

sebenarnya aku skrg ngah bengang ngan bdak2 polis area sini yg senang sgt buat report,buat duit dan buat tak tahu..

walhal semua orang dah tahu yang si XXX nie jual nombor ekor secara haram(dlm ISLAM sah2, terang tang2 haram),tapi diorang nie boleh buat tak tahu sbb diorg pon layan sama nombor ekor..

aduhs…kalau da polis perangai mcm nie..sape lg nak diharapkan..

nak usung DSAI hantar polis 1 lori 3ton, tapi nak setel benda2 macam nie pun xbleh..

Keputusan kes bunuh ditangguh kerana komputer diserang virus
05/03/2009 4:09pm

SHAH ALAM 5 Mac. — Keputusan kes seorang penarik kereta yang didakwa membunuh seorang lelaki Bajau yang sepatutnya didengar hari ini terpaksa ditangguhkan pada hari lain berikutan komputer setiausaha seorang Hakim Mahkamah Tinggi di sini diserang virus.

Sebelum ini, keputusan kes membabitkan tertuduh, Irwan Amat, 32, yang juga anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) turut ditangguhkan sebanyak dua kali.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad memaklumkan mahkamah terpaksa menangguhkan keputusan sekali lagi kerana data yang tersimpan di dalam komputer setiausahanya diserang virus.

Justeru, sambil memohon maaf, beliau menetapkan 30 Mac ini untuk membuat keputusan.

Tertuduh, dari suku Suluk, Sabah, didakwa membunuh Jibal Salim, 34, seorang buruh, di tempat letak kereta Blok Cempaka, Country Homes, Rawang dekat sini, kira-kira pukul 9.45 malam pada 16 Okt 2003. Jika sabit kesalahan, Irwan yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali. — Bernama

Baca baki entri ini »

Wajahmu
yang ayu menawan
kenapa
dipalitkan topeng berandam
hingga hilang seri asli
menjadi tontonan asyik
mata yang tiada hak
tidakkah kau bimbang
ia kan mencair
mengalir dan menitis
pedih
kerana panasnya api
siksa untuk keegoan.

Mahkotamu
yang panjang mengurai
kenapa
dibiarkan lepas bebas
ditiup angin nafsu
tidakkah kau takut
ia disentak
dengan sisir panas
dari bara jahannam
hingga menggelegak ubun-ubun
balasan untuk keangkuhan

Suaramu
halus nan gemersik
kenapa
lunak berhias
merdu merintih
melirik senyum manja
menggoncang iman tipis
tidakkah kau gentar
gelegak cairan timah
melalui lorong
merencup kerongkongmu
natijah untuk keengganan

Tubuhmu
yang indah terbentuk
kenapa
dibiarkan terdedah
benang-benang pintal
yang singkat
jarang
dan ketat
(apakah tidak cukup ladang kapas)
lenggok beralun membuang langkah
memancing jiwa-jiwa kontang
tidakkah kau gusar
ia hangus hancur
dijilat lahar murka
hadiah untuk keingkaran

Muslimah
tidak cukup
hanya taqwa pakaian batin
perlukan
hijab pakaian zahir
kerana Islam
bukan isi
atau bukan kulit sahaja
tetapi syumul
untukmu
dan untuk semua

Apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin negara sekarang?pening kepala ‘muta itik'(dialek kelantan) saya mengikuti perkembangan tanah air..aduhs..kata PM, 50 tahun merdeka kita dah aman,dan tenteram,maju dan stabil,,tapi..ape ke hell nie?minyak kenderaan naik, minyak masak pun naik gak..teruk nie..

Sekarang nie pula kecoh seantero dnia video lucah Menteri kesihatan..nasib baiklah chua soi lek nie menteri kesihatan,kalau dia meneteri pertahanan,ade yg kena letup ngan c4 nie..tp ok la jugak si chua nie,sbb mengaku dan letak jawatan,jujur la katakan..berani buat berani tanggung bukan mcm menteri2 lain..

Semalam,2 januari,saya ada terbaca satu keratan akhbar utusan yg bertajuk MAT REMPIT BAWA PENGUNDI. lagi la ber’muta itik’ kepala saya nie..dimaklumkan bahwa saya nie anti mat rempit. sememangnya saya sungguh tertarik dgn tajuk berita ini..habis jer baca saya dgn automatik membuat penilaian sendiri: cetek sungguh pemikiran peimpin melayu! di sini saya ingin bertanya pada saudara/saudari sekalian, adakah saudara sokong gejala mat rempit?jika jawapan anda YA, maka kita adalah berlainan kapal dan tidak menrealisasikan konsep modal insan pak lah badawi dan sekiranya jawapan anda TIDAK, sememangnya anda adalah rakyat Malaysia yg mementingkan kualiti bangsa dan kesejahteraan Malaysia di masa depan..berdasarkan keratan akhbar yg saya baca,beliau berkata bahwa golongan mat rempit akan dikerah utk menjadi pengangkutan utama kepada masyarakat pendalaman keluar mengundi pada pilihanraya depan..adakah anda setuju?persoalannya di sini:

  • tidak risaukah kita akan keselamatan penumpang/pengundi yg membonceng bersama mat rempit?sememanya kita tahu bagaimana perangai mat rempit di jalanraya.
  • tidak risaukah kita akan berlakunya gejala tidak sihat seperti masalah sosial
  • adakah elok bg seorg perempuan muda(21 tahun ke atas) membonceng motosikal bersama seorang pemuda yg tidak dikenalinya..saya merasaka ianya tidak elok disisi Islam..mungkin pemimpin nie blh sediakan minah rempit kot utk pengundi prempuan..hehehe..
  • agensi mana yg nak sediakan upah dan minyak motosikal utk golongan mat rempit?SPR ke?kalau SPR,nampaknya SPR kita tubuhkan jabatan khas la..hehe..ada juga pertubuhan yg menyokong mat rempit..tapi mungkin juga UMNO akan taja mereka ni,kalau UMNO mesti lah pembonceng motor akan disokong dan disogok suruh sokong UMNO..hehe..siapa tahu..
  • adakah anda semua sanggup membenarkan nenek,atuk,opah,ibu, ayah,kak long,kak cik,dik su anda digendong oleh mat rempit?selamatkah mereka dari kecelakaan jalanraya?selamatkah mereka dari nafsu2 dan perangai2 tdk bermoral mat rempit?fikirkanlah sendiri..
  • macam mana kalau masa hari mengundi tu hujan?

Mat rempit bawa pengundi

SLIM RIVER 1 Jan. – Mat rempit akan digerak membantu orang ramai ke lokasi mengundi pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Langkah itu, katanya, untuk memastikan rakyat yang di kawasan tiada pengangkutan awam boleh keluar untuk mengundi.

Menurut beliau, tanggungjawab yang diberi itu akan membolehkan mat rempit membantu pengundi memilih kerajaan.

‘‘Saya akan minta mat rempit untuk membantu membawa pengundi pada pilihan raya umum dalam usaha meningkatkan semangat patriotik mereka kepada negara.

‘‘Kita tidak mahu lagi mat rempit melakukan perkara yang tidak diingini, sebaliknya membantu pengundi keluar mengundi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Sumbangan Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di sini.

Sumbangan basikal, wang tunai RM50 dan sijil itu diberi kepada 172 murid cemerlang di kawasan Parlimen Tanjong Malim.

      
p/s:

  • KJ dan PEMUDA UMNO pernah membuat permohonan untuk mengumpulkan 10 000 mat rempit di bukit jalil pd tahun lepas tetapi tidak dipersetujui oleh PDRM.
  • kat Kota Bharu bulan lepas ada ‘sekor’ budak rempit hentak helmet atas cermin kereta seorang perempuan kat satu traffic light..alasannya tak puas hati sbb kena hon..
  • 2 minggu lepas,bontot kereta myvi saya kena langgar dgn mat rempit,tak sempat buka pintu kereta dah lesap dah..rempit oh rempit..
  • pesanku utk mat rempit..MARILAH SAMA-SAMA KITA BERUBAH..MANTAPKAN DIRI KITA DENGAN ILMU,AKIDAH DAN MORAL YG LENGKAP UTK KESEJAHTERAAN MALAYSIA MASA DEPAN..XKAN LA NNT PERDANA MENTERI MASA DEPAN PENCEN MAT REMPIT..

Wahai gadis telah berkali-kali di peringatkan bahawa teman lelaki atau kekasih anda tidak punya apa-apa hak ke atas dirimu. Sayangnya tidak ramai yang mengerti atau berpura-pura tidak mengerti. Padahal perkara ini senang di fahami. Sememangnya seronok berdua-duaan di buai nafsu. Tanyalah pada semua pengantin alangkah indahnya kalau fajar tidak menyinsing pada malam pengantin…. Sesuatu yang tidak mungkin.

Kekasihmu masih belum lagi menjadi suami yang sah. Simpanlah dirimu buat suamimu yang sah di masa depan. Jangan tertipu dengan janji manis dari lidah yang tak bertulang yang bijak mengatur kata-kata indah. Pun begitu ramai yang tertipu atau merelakan diri di tipu lagi dan lagi.

Mungkin kerana ingin menguji diri sendiri atau merasa diri tidak mudah ditipu – lantas pengalaman orang lain tidak di jadikan iktibar. Walhal kita membaca akhbar, majalah, mendengar radio atau menonton tv/filem berulang-ulang menceritakan perangai insan. Pelik sungguh perangai insan sering merelakan diri ke jurang kehinaan walaupun berpendidikan tinggi semata tewas melawan nafsu sendiri.
Hujungnya, kebiasaannya kita melihat kekasih akan menghilangkan diri setelah mendapat apa yang terlalu berharga darimu. Sedihya tidak ramai yang menghargai harga dirimu sendiri. Tinggallah heroin seorang diri merintih sayu ditinggalkan hero. Mungkin diri di serahkan pula kepada kekasih lain yang bakal hinggap. Usia bertambah, pohon semakin luntur….

Tidak hina menjaga dirimu selaras kehendak agama kerana itulah prasyarat kemuliaan, ketenangan dan kebahagiaan hakiki. Ramai kita terlupa. Mana mungkin rohani dapat dipuaskan dengan perkara-perkara zahir.

Wallahu ‘a’lam.

-dari aku seorang LELAKI-

Tian Chua saman Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia : RM4 Juta

KUALA LUMPUR 17 Disember — Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Tian Chua dan seorang aktivis Bersih Abdul Razak Bin Ismail telah mengfailkan writ saman secara bersama di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) di Jalan Duta pagi ini.

Mereka menamakan Ketua Polis Negara sebagai Defendan Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Defendan Kedua.

Saman difailkan bagi pihak mereka berdua oleh Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low antara lain menuntut mahkamah mengisytihar bahawa penahanan dan tangkapan keatas mereka berdua secara kekerasan oleh pihak polis berdekatan Bangunan Parlimen pada 11 Disember yang lepas adalah tidak sah, menyalahi Undang-undang dan melanggar Seksyen 23 Kod Prosedur Jenayah kerana tangkapan dibuat terhadap mereka tanpa waran tangkap.

Mereka juga mempertikaikan tindakan Polis yang melanggar Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan dimana mereka tidak diberitahu alasan tangkapan (ground of arrest) walaupun berulangkali permintaan dibuat oleh mereka.

Mereka juga mempersoalkan tindakan polis melakukan pencerobohan, serangan (assault) dan serang sentuh (battery) dan secara kererasan mengheret mereka berdua keluar dari kereta mereka disamping tindakan polis memukul Tian Chua di bahagian muka dalam pandangan orang awam dan media yang berada di tempat kejadian tangkapan.

Abdul Razak Bin Ismail sebagai Plaintif Ke-2 turut menuntut kerugian terhadap kerosakan kereta Proton Tiara miliknya yang terbakar dan rosak teruk semasa dalam tahanan dan jagaan pihak polis.

Kedua-dua mereka menuntut kerugian keterlaluan dan teladan untuk kecederaan, trauma, penindasan dan penghinaan dan relif-relif lain yang dianggap sesuai oleh Mahkamah atas apa yang mereka alami dan apa-apa yang dilakukan oleh pihak polis berjumlah RM4 Juta.

syafiq @ December 17, 2007



so ape komen en detektif?
adakah betul tindakan polis dan prosedure polis2
yg menangkap tian chua?
dan menuduh tian chua terlibat dlm
perhimpunan AMAN BERSIH
wpn die xde kat lokasi tu??

komen ini saya dapat drpd salah seorg penkomen di blog aminiskandar..mmg mantap n mmg pedas..suarakan ketidakpuasan hati,idea,dan ulasan pendapat anda ttg abg2 polis kt di bawah!

  • Semaun_segambut // Disember 17, 2007 at 12:33 pm

    Pasukan Polis Malaysia perlu dibubarkan, ianya sudah tidak releven lagi. Pasukan polis boleh diganti dengan pengawal keselamatan swasta untuk menjaga keelamatan, ini adalah kerana pasukan polis seakan sama taraf dan fungsi dengan pengawal kelamatan swasta yang di sewa oleh bank atau majikan dan orang peraseorangan. Polis hanya mempunyai kelebihan kemudahan dan gaji serta kuasa yang diberikan, tetapi fungsinya tak ubah ama macam pengawal keselamatan. Kehulu kehilir dengan kereta percuma, serkah orang awam dengan kuasa yang ada, mengambil peluang pau oarang awam untuk menambah pendapatan untuk menjadi mewah.
    Saya dari kecil hingga umur saya menjadi warga tua sekarang memang tidak menaruh harapan yang tinggi kepada polis untuk menjaga keselamatan. Saya juga tidak menaruh harapa langsung kepada polis untuk menyelesaiakan segala masalah. Semenjak dulu hingga sekarang report polis yang saya buat langsung tidak ada apa-apa faedah, tidak ada tindakan langsung daripada pihak poli. Berpuluh lapuran polis yang telah saya buat samada masalah kemalangan, kecurian, soial dan kepincangan tidak pernah ada tindakan susulan dari pihak polis.
    Oleh yang demikian wang rakyat yang dibelanjakan untuk membiayai polis adalah satu perbelanjaan yang membazir. Lebih baik sewa pasukan keselamatan untuk menjaga keselamatan. Mungkin pada setengah orang tidak menggunakan pasukan polis, mereka lebih uka guna perkhidmatan pengawal keselamatan.

    hehehehe ….
    pendapat yang sangat bengang terhadap pasukan polis.

warkah ni,,

WARKAH BUAT IBU…
Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang
hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak
yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak
pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak…..
nak tinggal kan dunia fana ni…..
mak macam dan sedia…..
Seminggu sebelum tu…..mak dah
menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar
tuu…..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah
mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa
rancangan radio tu siaran siam…..
kengkadang siaran indonesia…mak terus
tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu
di gunakan untuk mengiringimak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah
bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet…
pastu mak ubahkan sofa ke tempat
lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat
maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit
dalam gulung
tikar…kiter kata mak ni memang pesenn
lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3
petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari
KL…..mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah
pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja
yang belum pujuk…
Mak kata mak tak mau duduk dalam
hospital…..
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…ada ubat
untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak
dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju…..mak memang
degil…
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut
perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak
makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut
mak pon sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital…..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke
hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan
itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan
gembiranya mak, kiter kata nak beli
kereta….
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula…kalau tak cukup,
mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter
sampai…..mak buat kenduri kesyukuran…..
Dan kiter masih ingat lagi…bila kiter
eksiden terlanggar aya naik motor…..
Punya la kiter takut…kiter warning
kakak kiter jangan sesekali bgtau kat
mak…..
Bila balik sahaja kampong….kiter
cepat-cepat simpan keta
dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan
kemek…mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok
bunga…..
Mak….tujuan kiter menipu tu supaya mak
tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi
mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan…ampon kan
kiter….

Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital….nurse
tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di
lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat
kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20
pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh
sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam
kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di
jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter
sampai juga… di sebab kan pagi masih awal
jadi jalan tu
lenggang..kosong….sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan
subuh itu lain benar
suasananya…..
terasa syahdu dan sayu gitu…dinginnnn….

Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan
mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan
nangis…kalau sayang mak jangan buat
gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter
kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh”
kiter sedih…kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..nanti bila kita selesai
sembahyang subuh, kiter baca yassin
untuk mak…
mak tunggu ya…!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya….
Semua anak2 mak mengelilingi
mak…menatap wajah mak buat kali
terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….masa tu kiter sentuh
dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…kiter tak
daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi
mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni
jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa
sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari
rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…cuma akak sorang saja anak
mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan…
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…boleh
kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata…

Dan sampai satu tahap….masa tu malam
jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan
kawan-kawan….
entah kenapa biler kat bilik kiter
keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin
sayu…tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter
telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis
lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis
aje..doa lah untuk
mak..nanti kalau gini
ajer mak yang susah kat sana..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Agaknya mak nampak adegan tu…
sebab malam jumaat kata orang roh balik
rumahh…
mengharap sedekah dari anak2 nya…

Mak tau tak…di saat itu kerinduan
terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat….
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu
sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma…hanya sedekah
al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh
kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik
motor kan…
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan
pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat
ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana
surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…simpan je buat
kenangan..

Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…kiter kasi orang lain
baca…
Kiter stop dulu…sebab kawan kiter dah
lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih
kerana
membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil
sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal
terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan
mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.

Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil

assalamualaikum adikberadik pertubuhan dan rakyat Malaysia..

sy berasa kurang senang stelah membaca blog dato’ sri anwar ttg polemik PEKIDA..www.anwaribrahimblog.com-sila baca…sblm nie pon sy bnyk membaca artikel2 di media ttg PEKIDA serta dr mulut2 manusia.kini sy berasa sangsi dan terkilan apakah erti sebenar perjuangan PEKIDA..sebelum tue..sy hrp semua jgn cepat melenting..be profesional..jwb dgn akal..bukan nafsu..kontrol emosi..

1)PEKIDA adalah NGO?

2)adakah syarat2 keahlian mengharamkan ahli mencampuri urusan politik negara?

3)PEKIDA memperjuangkan hak agama dan bangsa..politik juga memperjuangkan agama dan bangsa..kenapa tidak kita menyokong mana2 parti politik yg mempunyai haluan yg sama?

4)adakah kita akan mempertahankan hak melayu dan islam seandainya engkar pd arahan dan kehendak org ‘atasan’?

5)adakah kita ini ‘anjing’ kpd mana2 parti politik?setahu sy,sesetengah ahli PEKIDA adalah anggota PEMUDA UMNO..PEKIDAvsPEMUDA?

6)apakah erti sebuah perjuangan?adakah kita popular dgn budaya samseng?org tengah bg menyetelkan masalah?belagak otai besar yg punyai pengaruh?sedangkan kita ini memperjuangkan hak melayu dan islam..kita memperjuangkan islam dan melayu tetapi kita tdk mengamalkan suruhan islam?malah terlampau obses pada kehidupan duniawi?such as clubbing,parti liar,nightparty n etc..islamkah kita?layakkah kita memperjuangkan ISLAM?mmg bukan semua ahli berkelakuan seperti ini..tp sebilangan..tetapi mengapa mereka terpilih menyertai PEKIDA?adakah ini kerana politik dalam pertubuhan?kerana nak kan pengaruh ayahnda2,abg long2 sanggup menjual keahlian kpd golongan jahiliyyah?melayukah kita jika kita menjadikan barat sebagai rujukan?cara berpakaian,cara hidup..realitinya karut..apa erti kemerdekaan kt?

7)bolehkah kita sama2 mengubah nasib hari depan pertubuhan?sama2 menyingkirkan aktiviti2 dan budaya2 yg xsepatutnya..ikatan ukhuwah yg suci perlu utk jihad fisabilillah!

 

p/s:sy xkisah kalau adik beradik/org biasa nak bg teguran dan pandangan..tegurlah hamba sekiranya ada salahnya dan sertai hamba jika kita selandasan..

Assalamua’laikum warahmatuLLahiwabarakatuh.
Rabbisyrahli Amri Wahlul u’da tan Min lisani Yafkahu kawli. Asyahadu ala ila ha iLALLah, Wa asyahadu anna Muhammadar Abduhu Warusulluh, Amma ba’ du…

Biar saya kenalkan diri saya dahulu. Panggil saja saya Nizam. (Sebutan Arab – Nizhom; maksudnya PENYATA).

Saya orang ‘kecil’ je, tapi punya jiwa dan hati yang besar ; untuk mengembalikan ke’haibah’an Muslimin dan muslimat. Tapi apakan daya, saya hanya insan yg lemah… La hau la wala kuwwata iLLa biLLahil aliyil a’zim…
First of all, AlhamduliLLah , semoga adik2, abg2, ‘ayah2’ dan saudara sekalian makin bertambah amal dan ilmu. Sebenarnya, ada sedikit kemusyikilan yg ingin saya kongsi bersama. Saya merujuk kepada ‘hala tuju’ pertubuhan PEKIDA ini. Saya sedar, pertubuhan ini memang byk membantu dan menjalankan aktiviti yg menyumbang ke arah pembangunan Ummah amnya. Tapi, sejak akhir2 ini, pertubuhan ini sudah byk disalahertikan lebih2 lagi dari golongan belia yg tidak memahami konsep Islamiah dlm konteks perjuangan.
Sebelum saya meneruskan artikel ini, saya ingin mengingatkan kpd diri saya dan saudara2, tiada keistimewaan dalam diri sesorg manusia melainkan keistimewaan amalan/ibadah taqwa yg hanya Allah saja mengetahui. Malah amalan/ibadah itu sendiri tiada keistimewaan kalau kita tidak menurut kaedah2 yg ditetapkan. Saya tidak pasti , artikel ini ada yg ambil positif atau sebaliknya, namun Allah Maha Mengetahui yg Hak dan yg Batil.
Saudara2, sebelum saya pergi jauh, saya ingin katakan disini, saya sedar masih ramai yang lebih berilmu dan pengetahuan tinggi untuk memberi cadangan kepada Pertubuhan PEKIDA ini. Malah saya yakin, ramai dari ahli juga cukup ‘HAL’nya. Tapi saya tujukan kepada adik2 yg begitu teruja dengan ‘3line’, ‘kabel’ , ‘buah’ dsbnya.
Bukankah lebih baik kita berlumba2 cari pertubuhan/persatuan yang byk mengajar kita ilmu yg paling asas/basic yakni Ilmu Fardu-A’in. Tanya diri kita sendiri; Cukup baik kah bacaan Fatihah kita (Nahunya, Makrajnya, Hukum Tajwidnya)sedangkan Fatihah 17 kali wajib kita baca dalam satu hari satu malam (dalam solat setiap rakaa’t sehari semalam/stahun 6052x), pandaikah kita dengan kaedah wuduk yg Afdal, mandi wajib sahkah? TakbiratulIkhram, Ruku’ , i’tidal, sujud betul ke, tu’maninah berapa lama dikira? Anggota wudu’ dan kaedah2nya sudah confirm ke? Masuk keluar toilet kaki mana satu, doanya hafal ke? Kencing / berak ada intija’ / istibra’ ? (diingatkan pd diri sendiri dan saudara2; Nabi meriwayatkan dalam satu hadis Soheh – ramai dok kena seksa dlm kubur pasal masalah kencing), Surah apa yg hafal – solat takat baca surah Juz Amma (Surah pendek2/ dalam Muqaddam) lagikah? Ahli keluarga terdekat meninggal dunia – pandai ke kita sendiri mandi dan kapankan? (walau Fardu Kifayah/ tapi tergamak ke kita biar ibubapa kita meninggal dunia dimandikan orang lain, sedangkan merekalah yg mula2 mandikan kita didunia ni – biarlah kali terakhir org tua kita mandi di dunia ini dengan ‘bantuan’ kita sendiri), last but not least…, tanya diri sendiri ; layakkah aku nak jadi Imam solat (kalau hidup belum Zuhud), layakkah aku jadi pendakwah ( kalau diri sendiri tak ada Hidayah) layakkah aku jadik pejuang FisabiliLLah ( kalau di rumah hubungan keluarga huru-hara) layakkah aku jadi Khalifah ( kalau MakfiratuLLah masih dihujung ‘Qalbu’)….
The point is…, saya yg masih lemah dan tiada daya upaya ini, ingin menyeru terutama pihak penaung PEKIDA – agar ambil peluang keemasan ini yg mana anak muda cukup berminat dengan pertubuhan ini tetapi lebih menjurus kepada sikap ‘perkauman’ atau istilah tepat ‘geng’, tetapi alangkah indahnya kalau kebajikan yg di jalankan lebih ditumpukan kepada peningkatan ilmu terhadap ahli-ahli sendiri. Barulah mukmin yang ‘Haibah’ dalam segala aspek dapat dibentuk.
Terus-terang saya beritahu, telah ada satu badan yg juga ‘rahsia’ tetapi ‘halal’ menubuhkan satu pusat belajar Al-Quran secara percuma (RM5 yuran pendaftaran) dan semua golongan boleh mendaftar, ustaz2 dan ustazah2nya lepasan University dan Pondok, cukup segala kaedah/peraturan belajar dan mengajar Al-Quran. Free (tapi mmg ada hambaAllah yg menaja), tapi susah nak jumpa golongan muda, tak taulah, samada tak tahu kewujudannya, atau dah memang rasa dah ‘Tamat’ belajar dah, atau sbgnya. Namun rugi kalau peluang ini tak direbut, bukan senang nak cari jalan belajar Al-Quran( walau dah pandai- tapi apa salahnya belajar semula, malah kita tak tau kita betul2 dah pandai ke blum) apatah lagi secara mudah dan percuma pulak malah tenaga pengajar memang Arif/Ahli/Tahfiz Al-Quran.

Maaflah kalau artikel ni menyinggung mana2 pihak. Saya tidak mengutuk, bahkan saya tertarik juga dengan pertubuhan ini, tapi belum masa lagi, sebabnya, buat masa skrg ni, ianya saling tak tumpah macam condong ke arah pertubuhan/persatuan silat yg lain. [maksud saya, dulu2 masa zaman saya remaja kat kampung dulu pun, bila sesiapa belajar silat dengan tok guru yg buka gelanggang secara umum, mmg byk ahli, kemudiannya ramailah yg mula nak tunjuk belang, sebb belajar dgn tok guru terkenal dan ramai ahli. Tambahan pula slalu menang pertandingan (Org2 lama di belah negeri2 Utara- dulu2 ingat lagi kot, skang ni dah susah nak tengok pertandingan yg ‘Ori’), lagi le terangkat ekor bak Ayam Jantan Kampung.]
Yang tersirat biarlah saya hujahkan lain kali. Masa tak cukup, kerja makan gaji tak boleh curi tulang – Haram. Kalau ada masa dan umur Allah kurniakan, InsyaAllah , saya teringin nak bagi pendapat pasal perbezaan pertubuhan Melayu dengan pertubuhan Orang Cina. Bukan nak banggakan bangsa lain, tetapi sbg kayu pengukur untuk melihat kejayaan hala tuju pertubuhan orang kita. Bukankan Nabi sendiri pernah sebut pasal belajar ke negeri Cina? So.., harap2 ada peluang kita berkongsi agar yg manis sama kita telan,.., yang pahit sama kita luah.

 

Wasalam.

 

p/s:memo ini saya perolehi dr http://www.pekida.org…

tujuan saya meng’post’ artikel nie kerana saya tidak berpuas hati dgn jwpn yg diberikan oleh moderator http://www.pekida.org

mana2 yg sudi menjawab dan berkongsi idea,silakan..

Mei 2017
I S R K J S A
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

“berpesan-pesan”

Seseorang yang tidak melakukan dosa, lalu menganggap bahawa dirinya tidak lagi berdosa, sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Seseorang yang telah melakukan dosa, lalu senantiasa bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah, maka dialah yang terampun dosanya.

total of visitor

  • 165,725 person