You are currently browsing the monthly archive for Mac 2009.

Keputusan kes bunuh ditangguh kerana komputer diserang virus
05/03/2009 4:09pm

SHAH ALAM 5 Mac. — Keputusan kes seorang penarik kereta yang didakwa membunuh seorang lelaki Bajau yang sepatutnya didengar hari ini terpaksa ditangguhkan pada hari lain berikutan komputer setiausaha seorang Hakim Mahkamah Tinggi di sini diserang virus.

Sebelum ini, keputusan kes membabitkan tertuduh, Irwan Amat, 32, yang juga anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) turut ditangguhkan sebanyak dua kali.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad memaklumkan mahkamah terpaksa menangguhkan keputusan sekali lagi kerana data yang tersimpan di dalam komputer setiausahanya diserang virus.

Justeru, sambil memohon maaf, beliau menetapkan 30 Mac ini untuk membuat keputusan.

Tertuduh, dari suku Suluk, Sabah, didakwa membunuh Jibal Salim, 34, seorang buruh, di tempat letak kereta Blok Cempaka, Country Homes, Rawang dekat sini, kira-kira pukul 9.45 malam pada 16 Okt 2003. Jika sabit kesalahan, Irwan yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali. — Bernama

Baca baki entri ini »

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

“berpesan-pesan”

Seseorang yang tidak melakukan dosa, lalu menganggap bahawa dirinya tidak lagi berdosa, sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Seseorang yang telah melakukan dosa, lalu senantiasa bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah, maka dialah yang terampun dosanya.

total of visitor

  • 166,204 person