You are currently browsing the daily archive for November 18, 2007.

dalam sebuah kelas..

Seorang ibu guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pensil. Ibu guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pensil. Jika saya angkat kapur ini, maka berkatalah “Kapur!”, jika saya angkat pensil ini, maka berkatalah “Pensil!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat
antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat
kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat
kapur, maka sebutlah “Pensil!”, jika saya angkat pensil, maka katakanlah
“Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kikuk, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kikuk. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu
jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan waktu.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang susah, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”

“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disadari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham guru…”

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

“Ini ada Qur’an,saya akan meletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa menginjak karpet?”

Murid-muridnya berpikir.
Ada
yang mencoba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet. “Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-nginjak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibuatlah pondasi yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn pondasinya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, Lemari dikeluarkan dulu satu persatu, baru rumah dirobohkankan…”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghantam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mempengaruhi anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang menginjak-nginjak, bu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” “Begitulah
Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sadar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar”.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…” Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya…

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

 

 artikel ini diperoleh  daripada  saudara Mazlee Malik(penulis buku HAMAS)

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen “Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS”. Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)

ALHAMDULILAH, ALLAH telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh ALLAH dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Kami juga telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh ALLAH untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia.

Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

PELBAGAI bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya.

Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

SEHINGGALAH di pertengahan 80’an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

Buat umat Islam di Malaysia, Andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian,

Menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh

HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

MENGAPA ini semua? Ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya? Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia, Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS dari bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua.

Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian,
KAMI akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,
KAMI mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini…

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.

………………………….

Maszlee Malik mempunyai ijazah dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Al al-Bayt, Jordan dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya. Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIA. Beliau adalah salah seorang AJK pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan juga penasihat Pertubuhan Kebajikan Saudara Baru Darul Fitrah.

 

http://www.palestinkini.info/

Seorang bapa pulang ke rumah dalam
keadaan letih
disambut baik oleh anaknya yang berusia
7 tahun.
Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu
bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya
satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sebuk-sebuk
naktanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah…
Tolonglah
beritahu berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat?Si anak mula merayu pada
ayahnya. Ayah: 20 ringgit sejam..
Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan
mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam
10 ringgit dari ayah? Si ayah mula
menjadi berang dan berkata, “Oh, itu
ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan
ayah? Kamu
nakbuat apa dengan duit tu? Mintak
sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat
kerja cari
duit,kamu senang-senang nak membazir
ya.. Sudah,
pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul
berapa nih…!!”

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan
dia kembali
kebiliknya. Si ayah duduk di sofa sambil
memikirkanmengapa anaknya yang sekecil
itu meminta
duit sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam
kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan
besar
anaknya benar-benar memerlukan duit
untuk keperluan di
sekolah kerana anaknya tak pernah
meminta wang sebegitu
banyaksebelum ini.Dengan perasaan
bersalah, si ayah
melangkah menuju kebilik
anaknya.Didapati anaknya
masih belum tidur.

“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit?
Nah.. ambil
ni”Si ayah mengeluarkan sekeping duit
kaler
merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan
tersenyum
girang.

“Terima kasih banyaklah ayah!”Lalu dia
mengangkat
bantalnya dan mengeluarkan sekeping note
10 ringgit
yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak
duit itu, si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan
kamu dah
ada duit sebanyak itu??Dan dari mana
kamu dapat duit
tu??”

Amin tunduk… tak berani dia merenung
ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia
menerangkan…..

“Duit ni Amin kumpul dari belanja
sekolah yang
ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi
10 ringgit kat
ayah sebab Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah
ayahnya
lagi.”Ayah…. sekarang Amin dah ada 20
ringgit..
Nah..ayahambil duit ni. Amin nak beli
sejam dari masa
ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik
kerja awal
esok. Amin rindu nak makan malam dengan
ayah..”

Jelas Amin tanpa memandang wajah
ayahnya…The moral
of this story… Kongsilah cite ni ngan
sesape je yg
anda suka tapi..yang penting
skali,sharelah masa
sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn
insan yang anda
sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan
kepada sesiapa
yang bekerja keras
sepanjanghidupnya..yang bakal kerja
sok lusa… atau sesiapasaja yang selalu
sibuk…

Jangan biarkan masa berlalu begitu
sahaja
tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2
yang begitu
rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati
kita..Bayangkan…kalau kita mati..
nanti majikan kita
akan senang2 cari orang lain..gantikan
kita.Tapi..keluarga, rakan2 yang kita
tinggalkan kat
dunia ni pasti akan berasa suatu
kehilangan sepanjang
hidupmereka…Fikirlah…selama ni.. apa
yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan
yang kita
sayang??=)

Soalan 50:  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan: Penguin

Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Jawapan: Stokin tu basah lah….

Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Jawapan: Telur

Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Jawapan: Kuih Donut

Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!

Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?

Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Jawapan: Spedometer bas lah…

Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?

Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!

Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.

Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Jawapan: Orang naik beca semasa hujan

Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Jawapan: Tapak kaki kitalah.

Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.

Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!

Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?

Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”

Soalan 27:Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.

Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?

Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.

Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.

Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….

Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Jawapan: Buang tebiat

Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

Jawapan: Batang hidung engkaulah!

Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? 

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…

Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan: Pisang Goreng

Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?

Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.

Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Jawapan: Anak mancis daaa.

Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal… ha…ha…ha..

Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM

Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)

Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.

 

pada masa lepas,saya tertarik dengan satu artikel yg telah dibuat oleh seorang teman lama. ia berkisar tentang konsep ISLAM HADHARI yg telah dipersohorkan oleh PM kita..abdullah bin ahmad..bagaimanapun..saya tidak senang..saya tidak arif sgt ttg Islam Hadhari malah baru sahaja tahu konsep2 nya setelah membaca artikel ini. maka timbullah persoalan dalam diri saya dan terjadi soal jawab ini..

setelah membaca artikel yg dipostkan ini yg mana mengisarkan bahawa konsep sebenar Islam Hadhari dan pandangan negatif rakyat terhadap konsep ini..

PENULIS wrote:

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT…
SAYA INGIN BERTANYA, SIAPA GERANGAN ATAU KUMPULAN MANUSIA YANG MELEMPARKAN TOHMAHAN PADA ISLAM HADHARI?SAPE YG KATE IA SESAT DAN MAZHAB BARU?SAYA TIDAK PERNAH DGR YG ADE MAHKLUK BUMI NIE CKP MCM TUE..MUNGKIN ANDA ATAU KITA ‘DISALAH FAHAMKAN’ OLEH GOLONGAN2 TERTENTU BAGI MENUTUP PEKUNG DI DADA..CUMA DISINI SAYA BERASA PELIK DAN WAS-WAS TENTANG PERLAKSANAAN KONSEP ISLAM HADHARI..MALAYSIA SKRG BUKAN NEGARA ISLAM(NEGARA YANG MENGAMALKAN HUKUM HAKAM ISLAM DAN CARA KEHIDUPAN ISLAM)-BAGI [PENDAPAT SAYA.JIKA DILIHAT PADA KONSEP YG SAUDARI BERIKAN INI:
10 Prinsip Utama Islam Hadhari
Bagi menjana pembangunan yang
seimbang dan pengintegrasian antara
kemajuan duniawi dan juga persiapan
ukhrawi dalam Pembangunan Islam
Hadhari di Malaysia, maka Y.A.B
Perdana Menteri telah memberi
penekanan kepada Kehidupan Berkualiti
sebagai salah satu daripada 10 Prinsip
Utama Islam Hadhari :
1. Keimanan dan ketaqwaan kepada
Ilahi. (الايمان بالله وتحقيق التقوى

2. Kerajaan adil dan beramanah. (
الحكومة العادلة والامينة

3. Rakyat berjiwa merdeka. (حرية وا
ســــتقلال الشـــعب

4. Penguasaan ilmu pengetahuan. (
اســتيعاب العلوم والمعارف

5. Pembangunan ekonomi yang seimbang
dan komprehensif. (التنمية الاقتصادية
الشاملة والمتوازنة

6. Kehidupan berkualiti. ( تحســــين
نوعية الحياة

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan
wanita. (حماية حقوق الاقليات والمرأة

8. Keutuhan budaya dan moral. (الاخلاق
الحميدة والقيم الفاضلة

9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam
semula jadi. (حفظ وحماية البيئة

10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.
(تقوية القدرات الدفاعية
Penekanan ini telah dikupas sendiri
oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Ahmad
Badawi.

SAYA TERTARIK DENGAN PRINSIP KEDUA. SAYA INGIN MENKOMEN DAN MENGKOMPLEN PRINSIP KEDUA. BAGI SAYA PRINSIP KEDUA BOLEH DIJADIKAN SINDIRAN DAN RUJUKAN BAHAWA KITA SEKRANG BUKAN MENGAMALKAN ISLAM HADHARI. KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH. ADAKAH KRJN MALAYSIA MENEPATI CIRI2 INI?JAUH SEKALI.BERMACAM CERITA TELAH KITA DENGAR. SEMEMANGNYA KRJN MALAYSIA MASA KINI CUKUP POPULAR DALAM SALAH GUNA KUASA DAN RASUAH DI PERSADA DUNIA DAN TANAH AIR. INI BERSESUAIAN DGN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH. PEGAWAI KANAN BADAN PENCEGAH RASUAH PUN BOLEH TERLIBAT DGN RASUAH, APE CITER? MEMALUKAN..CUKUP SAHAJA SAYA MEMPERSOALKAN KONSEP KEDUA INI. SAYA BUKAN NIAT UTK MERENDAHKAN DAN MEMPERLEKEHKAN PRINSIP INI ATAU INDIVIDU TERTENTU YG LANTANG MEMPROMOSIKAN ISLAM HADHARI, TETAPI SAYA 100% MEMPERSOALKAN DAN MENYANGKAL YANG KITA INI DI JALAN YG BETUL DALAM MENJADI NEGARA ISLAM HADHARI.
DI SINI DAPAT SAYA SIMPULKAN BAHAWA ISLAM HADHARI MALAYSIA ADALAH HANYA ILLUSI MAYA..HANYA DIPERKENALKAN TAPI TIDAK DIPRAKTIKKAN.

saudari wrote:

terima kasih kepada saudara yang bertanya…
saudara ada bertanya siapakah yang melemparkan tohmahan kepada Islam Hadhari?.. Ada, mgkin saudara tdk tahu..
Saudara juga ada bertanya,siapa yang menyatakan ia adalah sesat?..
Juga ada segelintir masyarakat, mungkin bukan saudara, sbb itulah saudara tidak tahu…
Sy prnh dgr & baca pelbagai pndpt yang menyerupai kenyataan di atas..
Ada yang sangkakan Islam Hadhari adalah satu agama yang baru smpai mengatakan kita semua akan syirik kpd Allah S.W.T apabila kita mengikutinya..
ada juga segelintir insan yang tidak faham smpai menyangkakan ‘takkan kita nk jwb Islam Hadhari adalah agamaku di saat menjwb prsoalan kubur nanti…
Mungkin tahap pengetahuan saudara tentang tanggapan umum mengenai Islam Hadhari masih sedikit setakat ini..
sy tlh m’kaji & m’pelajari tntg Islam Hadhari selama 1 semester utk projek TITAS sy…sy tlh mengetahui byk mklumat mengenai Islam Hadhari tidak kira sama ada dlm bentuk fakta ataupun pndpat…
Mengenai soalan yang saudara ajukan, mmg sy sndri akui tahap pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia amat lemah w’pn sudah 2 thn diperkenalkan…
Mmg sy sndri akui juga Malaysia juga bukan negara Islam sebenar yang betul2 mengamalkan hukum2 syariah dalam Islam spt hukum hudud & sebagainya…
Tp kita tdk perlu sntuh itu lg krn ia tdk t’msuk dlm prinsip2 Islam Hadhari..
Sy amat memuji saudara yg sgt b’pndgn jauh dalam soal ini ttpi sy hanya mampu m’jwb apa2 yang t’kndung dlm Islam Hadhari shj…
Mengenai komen saudara ttg prinsip kedua iaitu kerajaan adil dan beramanah…
Adakah kerajaan Malaysia skrg adalah kerajaan adil & b’amanah?..
Mmg kerajaan m’sia tidak smpai ke thp itu lg…
sbb itulah kita ingin wujudkan Islam Hadhari spy kita dapat m’bntk kerajaan ke arah spt itu..
Sy juga mengakui mmg byk kejadian rasuah & slhguna kuasa di antara pegawai2 kerajaan..
sbb itulah juga kita ingin wujudkan Islam Hadhari kerana dlm prinsip ke8 mengatakan ‘keutuhan budaya & moral” diperlukan dlm m’bntuk kerajaan Islam yg b’tamadun..
KIta sbnrnya dlm usaha ingin m’banteras sgl perbuatan yg tdk b’moral seperti itu di dalam masyarakat dgn wujudnya Islam Hadhari ini…
Sbnrnya Islam Hadhari adalah satu lgkh atau projek yg dilaksanakan utk memenuhi tuntutan kesepuluh2 prinsip di dalamnya..bukanlah dgn wujudnya Islam Hadhari, maka prinsip2 itu semua tlh dipenuhi…
Saudara faham, kan?…
Jd, jika persoalan saudara masih tidak t’jwb, maafkanlah sy..
Saya juga adalah rakyat biasa spt saudara yg hanya mampu melaksanakan kesemua prinsip Islam Hadhari utk dri sndri & hanya dpt memerhatikan thp pelaksanaannya dr jauh…
sekian, syukran jazilan…

PENULIS reply blk:
> tidak dapat disangkal lagi bahawa saudari semangnya begitu arif ttg islam hadhari..saudari telah menjalankan tugasan TiTAS dgn cemerlang..sebagaimana anda cemerlang,begitu lah kehendak saya terhadap rakyat dan semua pemimpin tanah air…’lead by example’..mcm mana nak terealisasinya prinsip islam hadhari jika di pucuk pimpinan negara tidak mengamalkan prinsip-prinsip islam hadhari.benar jika saudari katakan bahawa ianya dalam proses,tetapi proses ini tiada penamatnya jika kerjasama,ketulusan dan keikhlasan tiada dalam naluri orang atasan.bagaimana rakyat yang segolongannya kaki turut dan lurus bendul nie nak sertai islam hadhari jika mereka melihat pemimpin mereka pun beperangai macam ungka di hutan. pemimpin malaysia boleh diibaratkan bagai ibu ketam yang ajar anaknya berjalan lurus atau cikgu mengajar anak muridnya kencing mencangkung sedangkan cikgu kencing berlari..kejayaan islam hadhari haruslah dipupuk di pihak atasan dan seharusnya menjadi contoh oleh rakyat.saya tertarik ayat ‘amal ma’ruf nahi mungkar’ dari teks saudari yg lepas..kata-kata atau ayat ini adalah salah satu motivasi penyumbang dalam pembentukkan islam hadhari..tetapi jika kita lihat pada ekonomi negara,antara sumber pendapatan negara yang utama adalah arak dan judi. islam mengharamkan arak.setakat ini, malaysia mempunyai 16 buah kilang arak yang berdaftar dgn kerajaan. genting highlands adalah pusat kasino terbesar di asia.sudah cukup bukti bahwa kita tidak mencegah kemungkaran.ma’ruf telah kita amalkan, tetapi mungkar tidak kita banteras. kita seumpamanya menggalakkan arak dimnum dan judi di malaysia.kiranya saya beranggapan bahawa saudari ini tahu bahawa malaysia adalah negara islam dan pengerusi OIC adalah PM kita,Pak Lah.banggakah anda dengan kenyataan ini?atau sebaliknya?fikir-fikirkanlah.

saudari wrote:

wah…mmg hbt saudara dalam berkata-kata mengenai Islam Hadhari…
& sy bersetuju dengan sgl pndpt saudara…
& semuanya mmg tdk dpt dsgkl lg..
kita hanya mampu b’doa spy Allah m’beri hidayah kpd semua pemimpin kita…
sekian terima kasih..
ad clas…sy minta dri dl..
ilalliqa’…

 

 

November 2007
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

“berpesan-pesan”

Seseorang yang tidak melakukan dosa, lalu menganggap bahawa dirinya tidak lagi berdosa, sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Seseorang yang telah melakukan dosa, lalu senantiasa bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah, maka dialah yang terampun dosanya.

total of visitor

  • 172,589 person