Seorang bapa pulang ke rumah dalam
keadaan letih
disambut baik oleh anaknya yang berusia
7 tahun.
Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu
bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya
satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sebuk-sebuk
naktanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah…
Tolonglah
beritahu berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat?Si anak mula merayu pada
ayahnya. Ayah: 20 ringgit sejam..
Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan
mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam
10 ringgit dari ayah? Si ayah mula
menjadi berang dan berkata, “Oh, itu
ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan
ayah? Kamu
nakbuat apa dengan duit tu? Mintak
sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat
kerja cari
duit,kamu senang-senang nak membazir
ya.. Sudah,
pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul
berapa nih…!!”

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan
dia kembali
kebiliknya. Si ayah duduk di sofa sambil
memikirkanmengapa anaknya yang sekecil
itu meminta
duit sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam
kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan
besar
anaknya benar-benar memerlukan duit
untuk keperluan di
sekolah kerana anaknya tak pernah
meminta wang sebegitu
banyaksebelum ini.Dengan perasaan
bersalah, si ayah
melangkah menuju kebilik
anaknya.Didapati anaknya
masih belum tidur.

“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit?
Nah.. ambil
ni”Si ayah mengeluarkan sekeping duit
kaler
merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan
tersenyum
girang.

“Terima kasih banyaklah ayah!”Lalu dia
mengangkat
bantalnya dan mengeluarkan sekeping note
10 ringgit
yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak
duit itu, si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan
kamu dah
ada duit sebanyak itu??Dan dari mana
kamu dapat duit
tu??”

Amin tunduk… tak berani dia merenung
ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia
menerangkan…..

“Duit ni Amin kumpul dari belanja
sekolah yang
ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi
10 ringgit kat
ayah sebab Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah
ayahnya
lagi.”Ayah…. sekarang Amin dah ada 20
ringgit..
Nah..ayahambil duit ni. Amin nak beli
sejam dari masa
ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik
kerja awal
esok. Amin rindu nak makan malam dengan
ayah..”

Jelas Amin tanpa memandang wajah
ayahnya…The moral
of this story… Kongsilah cite ni ngan
sesape je yg
anda suka tapi..yang penting
skali,sharelah masa
sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn
insan yang anda
sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan
kepada sesiapa
yang bekerja keras
sepanjanghidupnya..yang bakal kerja
sok lusa… atau sesiapasaja yang selalu
sibuk…

Jangan biarkan masa berlalu begitu
sahaja
tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2
yang begitu
rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati
kita..Bayangkan…kalau kita mati..
nanti majikan kita
akan senang2 cari orang lain..gantikan
kita.Tapi..keluarga, rakan2 yang kita
tinggalkan kat
dunia ni pasti akan berasa suatu
kehilangan sepanjang
hidupmereka…Fikirlah…selama ni.. apa
yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan
yang kita
sayang??=)