You are currently browsing the monthly archive for Mei 2008.

Kewibawaan Anwar dipertikai

Laporan Azman Zakaria, Norfatimah Ahmad, Zainab Yatim, Sazarina Sharim dan Norliza Wasilan

KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Mahathir semalam mempertikaikan kewibawaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Mukhriz membangktikan tiga perkara yang dilakukan Anwar, termasuk dua yang dilaporkan media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

Beliau berkata, laporan mengenai Anwar dalam majalah TIME, edisi bertajuk ‘The 2008 TIME 100’ ditulis oleh rakan karib Anwar, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Paul Wolfowitz merangkap ketua strategi perang Iraq untuk Presiden George W Bush.

“Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Beliau juga berkata, artikel dalam akhbar Israel, Jerusalem Post menggambarkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Gombak dari PKR, Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat.

“Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Anwar menjadi Perdana Menteri negara ini. Kalau setuju, mengapa?,” katanya.

Beliau berkata, laporan ketiga ialah mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Foundation of The Future yang menerima dana AS$35 juta Amerika Syarikat daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat.

NGO terbabit, katanya, turut menerima AS$10 juta daripada Bahrain dan AS$11 juta daripada sumber lain yang tidak diketahui.

“Pengerusi Foundation of The Future itu tak lain tak bukan ialah Anwar sendiri, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Beliau berkata di NGO itulah Anwar mengambil teman wanita Wolfowitz, iaitu Shaha Riza bekerja di Foundation of The Future yang mencetuskan kontroversi di Bank Dunia baru-baru ini.

“Soalnya, adakah Anwar yang terbabit secara langsung dalam organisasi yang diragui latar belakangnya dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Wolfowitz hendak kita benarkan mengambil alih kepemimpinan negara tercinta ini.

“Sudah tentu tidak. Selagi nyawa dikandung badan, Umno tetap akan mempertahankan kedaulatan negara ini,” katanya.

Mukhriz juga berkata, parti pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain Umno kerana ahli Umno tahu menguruskan parti sendiri.beritaharian.

adakah benar laporan yg dibuat oleh mukhriz ini?

apakah hujah2 yg boleh melawan tuduhan ini?

apakah pula bukti mukhriz?

komen anda?

Advertisements

Si penderhaka yang mahu membela istana

Ahmad Tajdid
Thu | May 08, 08 | 8:39:38 pm MYT
Tiba-tiba negara digemparkan dengan teriakan para hulubalang. Masing-masing menghunus keris dan menjulang-julangnya ke udara. Rakyat menjadi gamam. Apa pula gerangan isunya hingga para hulubalang itu menjadi gempar dan mengamuk tidak tentu haluan.

Baru sebulan lalu, para hulubalang di negeri sebelah Timur berdemonstrasi di hadapan istana. Membuka langkah menghantar memorandum tidak berpuas hati dengan Majlis Pemangku Raja. Watikah bantahan dihantar mempersoalkan tindakan majlis melantik bendahara negeri yang tidak diperkenan parti para hulubalang.

Di masa yang sama, puluhan perajurit memegang kain pemidang bertulis “Kami mahu Deris binatang!”, “Kami sokong Deris sebagai bendahara”, “Kami tak mahu Md Said”. Banyak lagi kain pemidang yang ditayangkan di hadapan istana. Semuanya berunsur menghina dan menderhakai istana.

Selepas menghantar memorandum bantahan, para hulubalang itu bergerak ke kediaman rasmi bendahara dan membuat pengumuman penting.

Antaranya, jurucakap hulubalang mahu calon yang dipersetujui Yang Dipertua parti hulubalang diangkat sebagai bendahara. Jika calon lain diangkat istana, maka para hulubalang akan memberontak dan paling kurang pun meletakkan jawatan.

Begitulah tekad hulubalang. Apabila dingatkan sang warta bahawa hasrat para hulubalang untuk meletakkan jawatan akan menyebabkan mereka kehilangan jawatan itu buat seumur hidup, maka jurucakap para hulubalang penderhaka itu pun dengan gugup gagapnya berkata: “Errr… kami akan mengkaji semula hasrat kami itu, kami acah-acah aja…”

Kesudahan ceriteranya, hasrat para hulubalang itu tidak kesampaian, dan calon yang dipilih Majlis Pemangku Raja terus kekal sebagai bendahara.

Di sebuah negeri di utara Semenanjung, gegak gempita pemilihan bendahara juga berlaku. Calon daripada parti hulubalang mengamuk sakan kerana jawatan yang sepatutnya dianugerahkan kepadanya diberikan kepada orang lain.

Maka hulubalang itupun menghunuskan kerisnya ke udara mahu Yang Dipertua parti hulubalang bertegas melantiknya ke jawatan itu.

Watikah perlantikan telah diterima dan istana tiada hak mengetepikan watikah daripada parti hulubalang, jelasnya kepada sekumpulan sang warta.

Maka gegak gempita lah seluruh negara. Yang pekak datang bertanya. Yang bisu ternganga-nganga. Yang cacat datang bertongkat. Yang lumpuh berkerusi roda. Yang jahil menggeleng tak tahu apa-apa.

Akhirnya calon istana dipilih jua dan si hulubalang terpaksa menumpang rumah abang kakak kerana hilang tempat berteduh, setelah rumah rasmi diambil alih bendahara baru.

Tiba-tiba para hulubalang berbuat bising lagi. Kali ini angkara seorang bai tua berkerusi roda yang didakwa menghina istana. Bai itu dianggap biadap dan tak tahu adat Melayu kerana mempersoalkan titah Raja.

Ada seorang Melayu DKK yang punyai ilmu undang-undang menyifatkan si bai boleh didakwa kerana menghasut. Ada seorang Hulubalang Melayu DKA menuduh si bai sebagai biadap dan mencabar kedaulatan sultan. Maka si bai dianggap sombong dan bongkak setelah menang dalam pemilihan umum lalu.

“Parti hulubalang tidak pernah mempertikaikan titah istana. Kalau kita tak setuju pada istana, kita pergi menghadap sultan dan beritahu secara berbahasa,” kata hulubalang Melayu DKA kononnya.

Ramai pemimpin Melayu tulen parti hulubalang turut masuk campur. Ada yang sanggup mempertahankan istana dari kebiadapan si bai walaupun mereka tahu si bai hanyalah seorang tua yang lumpuh berkerusi roda.

Ada juga pemimpin pelajar penyokong parti hulubalang yang memberikan tarikh lupus kepada si bai untuk menarik balik kenyataannya. Jika tidak keris mereka akan bermandi darah.

Begitulah gegak gempitanya parti hulubalang “mempertahankan kedaulatan istana” yang konon-kononnya kini tidak selamat kerana dicabar si bai berkerusi roda.

Komen paling keras datangnya daripada mantan Yang Dipertua parti hulubalang. Hulubalang tua itu menakutkan rakyat tentang gambaran sebenar masa depan rakyat jika parti-parti sekutu si bai tua diberi mandat besar oleh rakyat untuk menerajui negara.

Ada cubaan untuk mengaitkan parti muslim, sekutu parti si bai dalam kancah isu penderhakaan itu.

Bagaimanapun dua pemimpin kanan parti muslim dilaporkan sang warta mengambil pendekatan berhati-hati dengan tidak memberikan sebarang ulasan berhubung isu itu.

Ialah. Sikap pemimpin parti muslim itu difahami kerana sang warta mahir dalam kepandaiannya memutarbelitkan kenyataan pemimpin parti lawan parti hulubalang.

Seorang pemimpin Melayu tulen pernah dianggap murtad dan menggadai agama kerana memakai sigah kaum kadazan yang berlambang salib. Hasilnya, parti pemimpin Melayu tulen itu kalah teruk dalam pemilihan umum.

Bagaimanapun kemajuan teknologi siber menjadikan rakyat benar-benar celik isu.

Dalam hingar bingar sang hulubalang menghunus keris dan menjulangnya ke udara kerana kononnya mahu membela istana; hamba rakyat tertanya-tanya.

Bagaimana mungkin hulubalang yang berpakat mengurangkan kuasa para sultan ketika mereka di puncak kuasa boleh dipercayai untuk membela istana?

Bagaimana mungkin perajurit-perajurit hulubalang yang menghina istana dan sultan dengan lafaz kata “binatang” boleh lebih dibela dan diberi muka berbanding seorang bai tua yang hanya mahukan penjelasan tentang batas kuasa istana?

Bagaimana mungkin penghulu hulubalang yang menghunus keris mahu mengamuk ke saentero negeri kerana tidak dipilih sebagai bendahara, tiba-tiba mahu mendabik dada sebagai pembela istana?

Bagaimana mungkin hulubalang yang membawa lari puteri raja untuk dinikahinya di seberang negeri, kemudian diceraikan sesuka hati, mampu memelihara maruah istana dan raja negeri?

Bagaimana mungkin parti penderhaka boleh menjadi pelindung institusi raja-raja?

Maka si pekak, si bisu, si lumpuh dan si jahil yang pada mulanya geram menatap Utusan Warta, mencampak akhbar itu jauh-jauh dan berkata: “Kita tertipu lagi rupanya. Mana mungkin si penderhaka boleh jadi Sang Setia!”

Maka mereka pun pulang ke rumah membuka TV dan menonton rancangan “akademik fantasia” dan “jom buat-buat heboh”.

Nota: Cerpen pendek ini hanyalah saduran peristiwa semasa. Watak dan latar belakang kejadian hanyalah rekaan dan tiada kena-mengena dengan mereka yang masih hidup atau meninggal dunia.

kehangatan PRU masih dapat dirasakan. Isu2 besar,kes2 luar dugaan,report2 polis berkenaan PRU pun masih dalam ingatan..bapak2 polis,BPR pun masih sibuk menyiasat yg mana satu betul,yg mana satu salah dan yg mana satu penipu…berdasarkan berita ini, ia seakannya menjadi tanda tanya pada kita siapakah yg menipu dan mengapakah beliau menipu…

Pengerusi SPR tipu rakyat batal guna dakwat

Mat Zain Mat Isa
Thu | May 08, 08 | 8:05:26 pm MYT
Pihak polis mengesahkan tidak menemui sebarang bukti adanya mana-mana pihak yang telah membawa masuk dakwat penanda kuku untuk mensabotaj ketelusan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.<!––><!––>

Demikian pendedahan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menerusi jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada sidang Dewan Rakyat, Selasa (6 Mei) lalu.

Dalam soalannya, Fong ingin tahu hasil siasatan pihak polis ekoran pembatalan penggunaan tanda dakwat kuku semasa pilihan raya baru-baru ini. Jawapan Hamid Albar itu sekaligus mendedahkan bahawa alasan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan penggunaan dakwat itu adalah suatu pembohongan yang semata-mata berdasarkan andaian tidak berasas.

Pada 4 Mac lalu, iaitu empat hari sebelum pembuangan undi pada pilihan raya, SPR mengejutkan negara apabila mengumumkan pembatalan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku semasa proses pembuangan undi pilihan raya itu.

Sewaktu mengumumkan perkara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, laporan keselamatan diterima pihaknya mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.

Dakwa Rashid lagi, pihak itu dikatakan merancang untuk mensabotaj perjalanan pilihan raya dengan mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi, terutama di kawasan luar bandar. Tujuan pihak tertentu itu, yang entahkan wujud atau tidak, menurut teori Rashid ialah bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Logiknya, apabila kuku telah ditanda, status pengundi itu akan dipertikaikan kerana dia dianggap sudah keluar mengundi. Ekoran andaian kemungkinan buruk itu, SPR dikatakan mendapatkan nasihat dari segi perundangan dan ketenteraman awam. Jalan mudah bagi SPR mengelakkan kemungkinan itu ialah mengambil keputusan membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu. Malah Rashid turut dilaporkan membayangkan penggunaan dakwat kekal itu, jika diteruskan, dikhuatiri akan mencetuskan kekecohan di tempat pengundian, 8 Mac lalu.

Bagai diduga, pihak paling gembira dan menyambut baik pengumuman SPR itu ialah kalangan pemimpin Barisan Nasional. Akhbar harian dalam beberapa hari selepas itu memuatkan komen para pemimpin utama BN yang rata-rata menganggap keputusan diambil SPR itu amat tepat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendahului yang lain memuji langkah SPR itu. Beliau mengandaikan ada pihak boleh mempengaruhi sesetengah pengundi untuk menggunakan dakwat itu pada kuku jari sehingga menyebabkan mereka tidak layak mengundi.

“Kalau tidak layak mengundi, kita telah menafikan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akan timbul banyak kekecohan dan ketegangan pada hari mengundi,” katanya, sebagaimana dipetik akhbar, 6 Mac.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pula mengandaikan sekiranya dilaksanakan juga cadangan itu, sedangkan semua dakwat yang telah dibeli dari luar negara itu sudah diedarkan serta digunakan, ia boleh mencetuskan kekacauan pada hari pengundian.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad turut menyambut baik keputusan SPR itu kerana bimbang berlaku penipuan sekiranya cadangan itu diteruskan.

Ketua Biro Undang-Undang Wanita Umno, Datuk Kamelia Ibrahim malah berkata, dakwat itu akan digunakan sebagai �senjata� oleh pihak tertentu untuk menghalang pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pandangan beberapa pemimpin BN lain turut disiarkan. Kesemuanya memberikan andaian serupa yang bertitik-tolak daripada apa yang didakwa oleh Rashid sebagai “laporan keselamatan” diterima pihaknya itu.

Di kalangan pemimpin pembangkang pula, tindakan mengejut SPR itu dianggap sebagai strategi saat akhir BN untuk menyelamatkan taktik kotor yang selama ini didakwa digunakannya. Bukankah penggunaan dakwat kekal itu dicadangkan parti-parti pembangkang bagi mengelakkan kemungkinan penipuan?

Sejak sekian lama terdapat dakwaan adanya pengundi yang mengundi lebih daripada sekali, terutama membabitkan beberapa tempat pembuangan undi yang berbeza. Taktik ini didakwa digunakan BN bagi memastikan pengundinya dapat membuang undi bagi pihak pengundi lain, terutama mereka yang tidak pernah keluar mengundi atau tidak dapat mengundi disebabkan berbagai alasan.

Kecurigaan atas ketelusan proses pengundian membabitkan pengundian berulang itu mendorong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyenaraikan penggunaan dakwat kekal itu sebagai salah satu tuntutannya kepada pihak kerajaan.

Kesediaan SPR pada awalnya untuk melaksanakan cadangan itu dianggap menggambarkan keterbukaan kerajaan dan ketelusan SPR itu sendiri. Malang bagi rakyat yang mendambakan sebuah pilihan raya yang adil dan telus apabila di saat akhir menjelang pilihan raya, SPR menarik balik kesediaannya untuk menggunakan dakwat kekal itu.

Lebih malang dan lebih memalukan kita semua, pembatalan itu rupa-rupanya dibuat bersandarkan suatu “laporan keselamatan” yang terbukti bohong dan tidak berasas.

Barangkali, sesiapa yang rasa tertipu dan diperbodohkan oleh tindakan SPR itu boleh membuat laporan polis terhadap SPR dan pengerusinya sekali?– tajdid

Mei 2008
I S R K J S A
« Jan   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

“berpesan-pesan”

Seseorang yang tidak melakukan dosa, lalu menganggap bahawa dirinya tidak lagi berdosa, sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Seseorang yang telah melakukan dosa, lalu senantiasa bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah, maka dialah yang terampun dosanya.

total of visitor

  • 166,744 person