15/05/2007 1:52:11

AKU BENCI KORUPSI

 

 

AKU BENCI KORUPSI

 

Aku tak suka korupsi. Sememangnya dari kecil aku dididik sebagai tidak memihak kepada korupsi. Aku paling mengeji dan tidak suka hal yang berkaitan penindasan. Bagi aku, orang yang berkuasa ini tidak selalunya di atas. Hidup ini umpama roda-Senior SMSTMFP ’01. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Ianya sentiasa berputar dan terus berputar tidak mengikut tetapan arah jam atau lawan arah jam. Mata pena ada masanya lebih tajam dari mata pedang dan jangan dibuka sangkar harimau yang sedang lapar. Ubi di dalam tanah sudah tentu ada isinya.

 

AKU BENCI KORUPSI

 

I hate working with this fellow people. You took my time and i’ll kick your ass. Aku paling tak suka buat kerja dengan orang yang tidak pentingkan masa. Tidak ada komitmen. Bagaimana Melayu atau Malaysia akan maju jika perhatian yang sepenuhnya tidak diberi. For me, this people are dicipline fewer and are useless. We dont need working party like this behaviour. Agree with me? Kerja sambil lewa dan tidak mementingkan masa adalah ciri-ciri orang yang tidak berdisiplin. Time is not describe as a gold but  as a candle, burning candle. Emas bagi aku tidaklah begitu berharga berbanding masa. Masa adalah umpama lilin yang sedang bernyala, ia akan cair dan cair tanpa menghiraukan lambaian sesiapa supaya berhenti dari terus cair. Masa tidak menunggu sesiapa. Satu saat kita leka, satu peluang kita terlepas.

 

AKU BENCI KORUPSI

 

Rasuah bermaharajalela umpama chocolate chips pada biskut. Bebas diperdagangkan dan diamalkan. Rasuah harus dibendung dari bawah. Setiap organisasi harus melantik badan pencegah rasuah tersendiri. Jangan terlampau mengharapkan BPR yang tidak berguna kerana ianya seumpama pagar makan padi. Pegawai-pegawai kanan dan anggota BPR umpama bapak ayam kampung yang berkokok berderai-derai tetapi di ekor ada najis. Setiap agama dan ajaran mengharamkan rasuah-rasanya ajaran Ayah Pin pun haramkan rasuah. Dengan rasuah, melayu dan masyarakat malaysia khususnya menjadi lebih malas dan suka bergantung kepada orang lain. Politik wang berlaku di mana saja dan yang terkecuali atau tertindas adalah golongan yang tidak berwang. Yang kaya akan senang membayar  lesen-lesen terbang manakala yang miskin akan menggadai maruah untuk menggantikannya dengan lesen terbang. Aku memang anti-rasuah!

 

AKU BENCI KORUPSI

 

Aku benci pada manusia yang suka menyusahkan orang. Serabut kepala dan menghabisakan masa aku memikirkan masalah mereka. Jika hala atau perkara yang mereka lakukan tidak menyusahkan kita, aku tidak kisah tetapi disebabkan pemikiran cetek, selfish, dan terlampau ikutkan perasaan, perbuatan mereka ini sememangnya mendatangkan keburukkan pada semua. Ada ketikanya kita tanpa sengaja ‘ter’menyusahkan orang lain dalam hidup ini dan mereka ada masa sudi menolong kita. Tapi, mereka ini akan berubah daripada ikhlas kepada meluat dan jemu dengan masalah kita yang kini mengheret diri mereka ke lembah permasalahan. Tanpa kawan siapalah kita. Memang benar apa gunanya kawan kalau tidak dapat membantu kawan dan ini akan merapatkan hubungan. Jika kita fikir secara logiknya, jika hanya sebelah pihak sahaja yang selalu memrlukan pertolongan dan sebelah pihak lagi selalu hanya menolong, adakah ini dipanggil erti persahabatn sedangkan kedua-duanya sama taraf dan sama berkeupayaan. I have all the thing that you have, so whats the matters? Can  manage yourself to be a better life like me? We are in same region and in same condition, so lets  consider. I dont need to help you but just support you. I’m the supporters.

 

AKU BENCI KORUPSI

 

Aku benci pada penjanji setia. Janji kosong. Big liar! Semua orang boleh cakap dan bilang dia mahu buat sesuatu yang hebat. Orang tua kedai kopi pun boleh cakap macam tu. Kenapa harus kita bilang sama dunia yang kita mampu buat sesuatu yang kita tidak mampu? Dan pada akhirnya akan meninggalkan tanda soal dan janji kosong. Ada kalanya benda yang kita mampu telah kita janji untuk laksanakan tetapi kerana terlampau mampu dan janji yang ditaburkan terlampau remeh temeh, kita biarkan ianya tergantung. Buat apa kita hendak menabur masa dan duit pada benda yang temeh? Inilah cara melayu masa kini. I hate this style. Janji yang kita tabur itu adalah harapan sesetengah golongan manusia. Kelompok manusia ini menaruh harapan dan memberi segalanya tanggungjawab kepada kita. We must do it. Just do it! No reason and no excuse.