Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara
pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-
kawan dan
keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati
hari
yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar
biasa
dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita
begitu
cantik
dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin
lelaki
dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang
mata
yang memandang setuju mengatakan bahawa
mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada
suaminya:

“Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam
majalah tentang bagaimana memperkuatkan
hubungan dan
tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut.

“Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita
mengubah
hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita
bersama lebih bahagia …”.

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-
hal
akan tersinggung ketika pasangannya mencatat
hal-
hal
yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan
mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk
berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas
dalam
benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. “Saya akan mulai dulu ya”,
kata
isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat …

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang
tidak
dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan
bahawa airmata suaminya mulai mengalir … “Maaf,
apakah saya harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak,
teruskan …” jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
“Sekarang giliran abang membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan suaminya berkata, “Aku
tidak
mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir
bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak
ingin
mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu
sendiri.
Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun
daripada
peribadimu yang kudapati kurang …”

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati
suaminya…bahawa suaminya menerimanya apa
adanya. Ia
menunduk dan menangis …

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup
SEMPURNA
untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau
jawapan
nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana
tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade
yang
perlu diperbaiki… wallahualam

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita
tak
kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai
kita
kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana
kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini
ikhlas
dalam menyayangi diri kita… INSYAALLAH