You are currently browsing the category archive for the ‘REFORMASI’ category.

Kewibawaan Anwar dipertikai

Laporan Azman Zakaria, Norfatimah Ahmad, Zainab Yatim, Sazarina Sharim dan Norliza Wasilan

KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Mahathir semalam mempertikaikan kewibawaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Mukhriz membangktikan tiga perkara yang dilakukan Anwar, termasuk dua yang dilaporkan media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

Beliau berkata, laporan mengenai Anwar dalam majalah TIME, edisi bertajuk ‘The 2008 TIME 100’ ditulis oleh rakan karib Anwar, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Paul Wolfowitz merangkap ketua strategi perang Iraq untuk Presiden George W Bush.

“Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Beliau juga berkata, artikel dalam akhbar Israel, Jerusalem Post menggambarkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Gombak dari PKR, Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat.

“Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Anwar menjadi Perdana Menteri negara ini. Kalau setuju, mengapa?,” katanya.

Beliau berkata, laporan ketiga ialah mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Foundation of The Future yang menerima dana AS$35 juta Amerika Syarikat daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat.

NGO terbabit, katanya, turut menerima AS$10 juta daripada Bahrain dan AS$11 juta daripada sumber lain yang tidak diketahui.

“Pengerusi Foundation of The Future itu tak lain tak bukan ialah Anwar sendiri, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Beliau berkata di NGO itulah Anwar mengambil teman wanita Wolfowitz, iaitu Shaha Riza bekerja di Foundation of The Future yang mencetuskan kontroversi di Bank Dunia baru-baru ini.

“Soalnya, adakah Anwar yang terbabit secara langsung dalam organisasi yang diragui latar belakangnya dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Wolfowitz hendak kita benarkan mengambil alih kepemimpinan negara tercinta ini.

“Sudah tentu tidak. Selagi nyawa dikandung badan, Umno tetap akan mempertahankan kedaulatan negara ini,” katanya.

Mukhriz juga berkata, parti pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain Umno kerana ahli Umno tahu menguruskan parti sendiri.beritaharian.

adakah benar laporan yg dibuat oleh mukhriz ini?

apakah hujah2 yg boleh melawan tuduhan ini?

apakah pula bukti mukhriz?

komen anda?

kehangatan PRU masih dapat dirasakan. Isu2 besar,kes2 luar dugaan,report2 polis berkenaan PRU pun masih dalam ingatan..bapak2 polis,BPR pun masih sibuk menyiasat yg mana satu betul,yg mana satu salah dan yg mana satu penipu…berdasarkan berita ini, ia seakannya menjadi tanda tanya pada kita siapakah yg menipu dan mengapakah beliau menipu…

Pengerusi SPR tipu rakyat batal guna dakwat

Mat Zain Mat Isa
Thu | May 08, 08 | 8:05:26 pm MYT
Pihak polis mengesahkan tidak menemui sebarang bukti adanya mana-mana pihak yang telah membawa masuk dakwat penanda kuku untuk mensabotaj ketelusan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.<!––><!––>

Demikian pendedahan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menerusi jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada sidang Dewan Rakyat, Selasa (6 Mei) lalu.

Dalam soalannya, Fong ingin tahu hasil siasatan pihak polis ekoran pembatalan penggunaan tanda dakwat kuku semasa pilihan raya baru-baru ini. Jawapan Hamid Albar itu sekaligus mendedahkan bahawa alasan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan penggunaan dakwat itu adalah suatu pembohongan yang semata-mata berdasarkan andaian tidak berasas.

Pada 4 Mac lalu, iaitu empat hari sebelum pembuangan undi pada pilihan raya, SPR mengejutkan negara apabila mengumumkan pembatalan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku semasa proses pembuangan undi pilihan raya itu.

Sewaktu mengumumkan perkara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, laporan keselamatan diterima pihaknya mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.

Dakwa Rashid lagi, pihak itu dikatakan merancang untuk mensabotaj perjalanan pilihan raya dengan mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi, terutama di kawasan luar bandar. Tujuan pihak tertentu itu, yang entahkan wujud atau tidak, menurut teori Rashid ialah bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Logiknya, apabila kuku telah ditanda, status pengundi itu akan dipertikaikan kerana dia dianggap sudah keluar mengundi. Ekoran andaian kemungkinan buruk itu, SPR dikatakan mendapatkan nasihat dari segi perundangan dan ketenteraman awam. Jalan mudah bagi SPR mengelakkan kemungkinan itu ialah mengambil keputusan membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu. Malah Rashid turut dilaporkan membayangkan penggunaan dakwat kekal itu, jika diteruskan, dikhuatiri akan mencetuskan kekecohan di tempat pengundian, 8 Mac lalu.

Bagai diduga, pihak paling gembira dan menyambut baik pengumuman SPR itu ialah kalangan pemimpin Barisan Nasional. Akhbar harian dalam beberapa hari selepas itu memuatkan komen para pemimpin utama BN yang rata-rata menganggap keputusan diambil SPR itu amat tepat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendahului yang lain memuji langkah SPR itu. Beliau mengandaikan ada pihak boleh mempengaruhi sesetengah pengundi untuk menggunakan dakwat itu pada kuku jari sehingga menyebabkan mereka tidak layak mengundi.

“Kalau tidak layak mengundi, kita telah menafikan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akan timbul banyak kekecohan dan ketegangan pada hari mengundi,” katanya, sebagaimana dipetik akhbar, 6 Mac.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pula mengandaikan sekiranya dilaksanakan juga cadangan itu, sedangkan semua dakwat yang telah dibeli dari luar negara itu sudah diedarkan serta digunakan, ia boleh mencetuskan kekacauan pada hari pengundian.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad turut menyambut baik keputusan SPR itu kerana bimbang berlaku penipuan sekiranya cadangan itu diteruskan.

Ketua Biro Undang-Undang Wanita Umno, Datuk Kamelia Ibrahim malah berkata, dakwat itu akan digunakan sebagai �senjata� oleh pihak tertentu untuk menghalang pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pandangan beberapa pemimpin BN lain turut disiarkan. Kesemuanya memberikan andaian serupa yang bertitik-tolak daripada apa yang didakwa oleh Rashid sebagai “laporan keselamatan” diterima pihaknya itu.

Di kalangan pemimpin pembangkang pula, tindakan mengejut SPR itu dianggap sebagai strategi saat akhir BN untuk menyelamatkan taktik kotor yang selama ini didakwa digunakannya. Bukankah penggunaan dakwat kekal itu dicadangkan parti-parti pembangkang bagi mengelakkan kemungkinan penipuan?

Sejak sekian lama terdapat dakwaan adanya pengundi yang mengundi lebih daripada sekali, terutama membabitkan beberapa tempat pembuangan undi yang berbeza. Taktik ini didakwa digunakan BN bagi memastikan pengundinya dapat membuang undi bagi pihak pengundi lain, terutama mereka yang tidak pernah keluar mengundi atau tidak dapat mengundi disebabkan berbagai alasan.

Kecurigaan atas ketelusan proses pengundian membabitkan pengundian berulang itu mendorong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyenaraikan penggunaan dakwat kekal itu sebagai salah satu tuntutannya kepada pihak kerajaan.

Kesediaan SPR pada awalnya untuk melaksanakan cadangan itu dianggap menggambarkan keterbukaan kerajaan dan ketelusan SPR itu sendiri. Malang bagi rakyat yang mendambakan sebuah pilihan raya yang adil dan telus apabila di saat akhir menjelang pilihan raya, SPR menarik balik kesediaannya untuk menggunakan dakwat kekal itu.

Lebih malang dan lebih memalukan kita semua, pembatalan itu rupa-rupanya dibuat bersandarkan suatu “laporan keselamatan” yang terbukti bohong dan tidak berasas.

Barangkali, sesiapa yang rasa tertipu dan diperbodohkan oleh tindakan SPR itu boleh membuat laporan polis terhadap SPR dan pengerusinya sekali?– tajdid

Tian Chua saman Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia : RM4 Juta

KUALA LUMPUR 17 Disember — Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Tian Chua dan seorang aktivis Bersih Abdul Razak Bin Ismail telah mengfailkan writ saman secara bersama di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) di Jalan Duta pagi ini.

Mereka menamakan Ketua Polis Negara sebagai Defendan Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Defendan Kedua.

Saman difailkan bagi pihak mereka berdua oleh Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low antara lain menuntut mahkamah mengisytihar bahawa penahanan dan tangkapan keatas mereka berdua secara kekerasan oleh pihak polis berdekatan Bangunan Parlimen pada 11 Disember yang lepas adalah tidak sah, menyalahi Undang-undang dan melanggar Seksyen 23 Kod Prosedur Jenayah kerana tangkapan dibuat terhadap mereka tanpa waran tangkap.

Mereka juga mempertikaikan tindakan Polis yang melanggar Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan dimana mereka tidak diberitahu alasan tangkapan (ground of arrest) walaupun berulangkali permintaan dibuat oleh mereka.

Mereka juga mempersoalkan tindakan polis melakukan pencerobohan, serangan (assault) dan serang sentuh (battery) dan secara kererasan mengheret mereka berdua keluar dari kereta mereka disamping tindakan polis memukul Tian Chua di bahagian muka dalam pandangan orang awam dan media yang berada di tempat kejadian tangkapan.

Abdul Razak Bin Ismail sebagai Plaintif Ke-2 turut menuntut kerugian terhadap kerosakan kereta Proton Tiara miliknya yang terbakar dan rosak teruk semasa dalam tahanan dan jagaan pihak polis.

Kedua-dua mereka menuntut kerugian keterlaluan dan teladan untuk kecederaan, trauma, penindasan dan penghinaan dan relif-relif lain yang dianggap sesuai oleh Mahkamah atas apa yang mereka alami dan apa-apa yang dilakukan oleh pihak polis berjumlah RM4 Juta.

syafiq @ December 17, 2007



so ape komen en detektif?
adakah betul tindakan polis dan prosedure polis2
yg menangkap tian chua?
dan menuduh tian chua terlibat dlm
perhimpunan AMAN BERSIH
wpn die xde kat lokasi tu??

assalamualaikum adikberadik pertubuhan dan rakyat Malaysia..

sy berasa kurang senang stelah membaca blog dato’ sri anwar ttg polemik PEKIDA..www.anwaribrahimblog.com-sila baca…sblm nie pon sy bnyk membaca artikel2 di media ttg PEKIDA serta dr mulut2 manusia.kini sy berasa sangsi dan terkilan apakah erti sebenar perjuangan PEKIDA..sebelum tue..sy hrp semua jgn cepat melenting..be profesional..jwb dgn akal..bukan nafsu..kontrol emosi..

1)PEKIDA adalah NGO?

2)adakah syarat2 keahlian mengharamkan ahli mencampuri urusan politik negara?

3)PEKIDA memperjuangkan hak agama dan bangsa..politik juga memperjuangkan agama dan bangsa..kenapa tidak kita menyokong mana2 parti politik yg mempunyai haluan yg sama?

4)adakah kita akan mempertahankan hak melayu dan islam seandainya engkar pd arahan dan kehendak org ‘atasan’?

5)adakah kita ini ‘anjing’ kpd mana2 parti politik?setahu sy,sesetengah ahli PEKIDA adalah anggota PEMUDA UMNO..PEKIDAvsPEMUDA?

6)apakah erti sebuah perjuangan?adakah kita popular dgn budaya samseng?org tengah bg menyetelkan masalah?belagak otai besar yg punyai pengaruh?sedangkan kita ini memperjuangkan hak melayu dan islam..kita memperjuangkan islam dan melayu tetapi kita tdk mengamalkan suruhan islam?malah terlampau obses pada kehidupan duniawi?such as clubbing,parti liar,nightparty n etc..islamkah kita?layakkah kita memperjuangkan ISLAM?mmg bukan semua ahli berkelakuan seperti ini..tp sebilangan..tetapi mengapa mereka terpilih menyertai PEKIDA?adakah ini kerana politik dalam pertubuhan?kerana nak kan pengaruh ayahnda2,abg long2 sanggup menjual keahlian kpd golongan jahiliyyah?melayukah kita jika kita menjadikan barat sebagai rujukan?cara berpakaian,cara hidup..realitinya karut..apa erti kemerdekaan kt?

7)bolehkah kita sama2 mengubah nasib hari depan pertubuhan?sama2 menyingkirkan aktiviti2 dan budaya2 yg xsepatutnya..ikatan ukhuwah yg suci perlu utk jihad fisabilillah!

 

p/s:sy xkisah kalau adik beradik/org biasa nak bg teguran dan pandangan..tegurlah hamba sekiranya ada salahnya dan sertai hamba jika kita selandasan..

Rakyat yang tidak sehaluan dengan parti pemerintah diberikan jaminan peluang yang sama (equal opportunities) untuk bekerja di dalam pejabat kerajaan tempatan, negeri atau pusat. Tiada soalan anda menyokong parti mana di dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan.

Saya adalah sebahagian daripada jutaan rakyat Malaysia yang cintakan ketelusan dan reformasi di dalam sistem demokrasi di tanah air. Saya juga menyertai himpunan 100,000 rakyat pada 10 November lepas, bukan di Kuala Lumpur, tetapi di sebuah pekan kecil di United Kingdom.

Bukan saya seorang sahaja di UK yang menyatakan solidariti kami bersama Bersih, tetapi banyak lagi rakan-rakan yang berbuat demikian. Himpunan aman juga diadakan di Pejabat Kedutaan Malaysia di London.

Saya mula bekerja di sebuah syarikat gas dan minyak di sini sejak 7 tahun yang lalu. Sejak emas hitam ditemui di North Sea, ramai rakyat Malaysia sama ada berbangsa Melayu, Cina dan India mencari rezeki di sini. Saya tinggal agak berjauhan dengan masyarakat Malaysia yang lain. Ada beberapa orang pekerja dan pelajar daripada Malaysia yang selalu melawat saya pada hujung minggu. Sebahagian mengetahui kecenderungan politik saya dengan melihat akhbar Harakah dan Suara Keadilan, serta buku-buku mengenai landskap politik Malaysia di ruang tamu rumah saya. Sama seperti rakan-rakan setugas dari Malaysia yang lain, majoriti kami muak dengan kecacatan sistem demokrasi dan politik di negara sendiri.

Saya berpengalaman kerja di dalam industri minyak di Malaysia lebih 10 tahun sebelum datang ke UK. Hidup bermasyarakat dengan rakyat British sedikit sebanyak mengajar kami erti demokrasi dan keterbukaan yang sebenarnya. Saya telah terlibat dalam sistem pilihan raya di United Kingdom sebanyak dua kali. Sebagai rakyat negara Komanwel, kita diberikan hak untuk membuang undi di negara yang pernah menjajah kita dahulu. Bukannya niat saya untuk mengagungkan British.

Banyak perkara di sini yang saya amat tidak bersetuju, terutamanya dasar luar negara serta beberapa tindakan yang mencetuskan fenomena Islamophobia di kalangan penduduk tempatan. Tetapi di dalam sistem pilihan raya, saya berpandangan yang Britain boleh menjadi contoh yang perlu diikuti oleh Malaysia . Sistem pilihan raya di sini amat telus. Semua parti tanpa termasuk parti pembangkang dan calon bebas diberikan ruang yang sama untuk bertanding. Setiap hari kita boleh melihat hujah-hujah daripada pemimpin pemerintah dan pembangkang di media cetak dan elektronik. Akhbar pembangkang tidak pernah disekat.

Semasa tempoh berkempen, setiap calon diperuntukkan masa untuk menyatakan manifesto mereka di dalam televisyen saluran perdana. Padang perlawanan adalah sama rata. Tidak hairanlah parti yang memerintah di sini saling bertukar ganti. Dan tidak hairanlah juga Britain menjadi negara maju dan mempunyai skor integriti yang terlalu tinggi kerana rakyat dididik dengan erti kebebasan dan demokrasi, yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada ruh Islam. Ketelusan sistem pembuangan dan pengiraan undi juga tidak boleh dipertikaikan di sini. Tidak timbul masalah pengundi hantu, kerana mereka memanfaatkan rekod penduduk yang didaftarkan di dalam jabatan kerajaan dengan sebaik mungkin.

Petugas pilihan raya juga adalah profesional, bukannya diambil daripada balaci daripada parti pemerintah seperti yang diamalkan di tanahair kita. Suruhanjaya pilihan raya memainkan peranan bukannya untuk memenangkan parti pemerintah, tetapi berperanan untuk memastikan siapa hak berhak menang perlu diberikan kuasa memerintah. Selain isu pilihan raya, amalan politik di sini juga amat berbeza. Sebagai contoh, di sini, rakyat yang menyokong parti pembangkang tiada masalah untuk mendapatkan kerja. Rakyat yang tidak sehaluan dengan parti pemerintah diberikan jaminan peluang yang sama (equal opportunities) untuk bekerja di dalam pejabat kerajaan tempatan, negeri atau pusat. Tiada soalan anda menyokong parti mana di dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Ini berbeza dengan temuduga di beberapa jabatan kerajaan di Malaysia, terutamanya untuk bekerja sebagai pensyarah dan guru. Soalan spot yang wajib ditanya ialah anda menyokong parti mana? Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kerajaan, tiada masalah untuk mengkritik kerajaan secara terbuka di tempat kerja anda.

Anda juga diberikan ruang seluas-luasnya untuk menyuarakan ketidakpuashatian anda terhadap dasar kerajaan. Para pelajar juga diberikan jaminan peluang yang sama (equal opportunities) untuk mendapatkan biasiswa tanpa menilai kecenderungan politik keluarga dan pelajar itu sendiri. Nilai intelektual mereka dihargai dengan tidak diikat dengan akta universiti yang menyekat perkembangan minda kritikal dan analitikal. Mahasiswa di sini bebas untuk memperjuangkan ideliasme parti pembangkang di dalam aktiviti dan program di kampus. Yang disekat, hanyalah mahasiswa Malaysia sahaja. Dalam media cetak dan elektronik, setiap hari rakyat British berpeluang untuk mendengar dan membaca idea kesemua pemimpin pro-kerajaan dan pembangkang. Ini sekali gus dapat mendidik rakyat yang terbuka dan cergas pemikirannya.

Sungguh berbeza dengan media di Malaysia, semuanya dikawal oleh parti pemerintah. Sudahlah capaian di dalam media awam dinafikan, penerbitan media pembangkang pula disekat. Di UK, mereka bijak membezakan antara jentera kerajaan dengan jentera parti. Tetapi di Malaysia, kerajaan zalim Barisan Nasional bermaharajalela dengan menggunakan setiap jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka. Semasa Tony Blair bersara daripada menjadi Perdana Menteri, semua media termasuk ‘media kerajaan’ iaitu BBC bebas untuk mengkritik beliau, sehinggakan setiap satu aset, rumah dan harta beliau didedahkan kepada rakyat untuk dinilai oleh mereka. Begitu juga dengan penggantinya, Gordon Brown. Tiada satu akhbar pun yang mengampu.

Saya juga kecewa dengan sikap tidak cerdik pemimpin Umno yang datang ke sini. Antaranya ialah campur tangan di dalam aktiviti mahasiswa. Datang sebagai pemimpin negara, tetapi apabila bersuara, membawa agenda parti Umno. Pengecut dengan perkembangan mahasiswa di luar negara, lalu dikenakanlah pelbagai undang-undang dan sekatan. SB diletak di sana dan di sini. Dikhayalkan dengan menyokong dan membantu program hiburan yang tidak membina. Apabila individu-individu yang ikhlas membuat program agama seperti sekolah Malaysia di beberapa kawasan di sini, maka dirompak program tersebut kononnya program itu adalah program Kelab Umno Luar Negara. Sedangkan satu sen dan setitik peluh pun mereka tidak sumbangkan. Apa yang pemimpin Kelab Umno Luar Negara tahu ialah membuat program hiburan, hiburan dan hiburan. Tidak cerdik sungguh.

Justeru, saya bersama-sama dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai himpunan Bersih menyeru agar pembaharuan sistem pilihanraya dan amalan demokrasi di tanahair dilakukan segera. Ramai yang bekerja di luar negara tidak mahu pulang ke tanahair kerana kebobrokan yang jelas dilakukan oleh parti pemerintah sekarang. Ketika Najib mengulas mengenai perhimpunan Bersih yang memungkinkan berlakunya kacau bilau seperti rompakan di kedai-kedai berhampiran tempat perhimpunan, sedarkan anda yang sudah berapa billion RM duit rakyat telah dirampas oleh mereka untuk memenuhkan perut kroni seterusnya membiarkan rakyat papa kedana ? Masa untuk perubahan telah tiba. Sedarlah wahai rakyat Malaysia .

-dipetik dr detikdaily

Jun 2017
I S R K J S A
« Feb    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

“berpesan-pesan”

Seseorang yang tidak melakukan dosa, lalu menganggap bahawa dirinya tidak lagi berdosa, sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Seseorang yang telah melakukan dosa, lalu senantiasa bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah, maka dialah yang terampun dosanya.

total of visitor

  • 165,912 person