Tian Chua saman Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia : RM4 Juta

KUALA LUMPUR 17 Disember — Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Tian Chua dan seorang aktivis Bersih Abdul Razak Bin Ismail telah mengfailkan writ saman secara bersama di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) di Jalan Duta pagi ini.

Mereka menamakan Ketua Polis Negara sebagai Defendan Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Defendan Kedua.

Saman difailkan bagi pihak mereka berdua oleh Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low antara lain menuntut mahkamah mengisytihar bahawa penahanan dan tangkapan keatas mereka berdua secara kekerasan oleh pihak polis berdekatan Bangunan Parlimen pada 11 Disember yang lepas adalah tidak sah, menyalahi Undang-undang dan melanggar Seksyen 23 Kod Prosedur Jenayah kerana tangkapan dibuat terhadap mereka tanpa waran tangkap.

Mereka juga mempertikaikan tindakan Polis yang melanggar Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan dimana mereka tidak diberitahu alasan tangkapan (ground of arrest) walaupun berulangkali permintaan dibuat oleh mereka.

Mereka juga mempersoalkan tindakan polis melakukan pencerobohan, serangan (assault) dan serang sentuh (battery) dan secara kererasan mengheret mereka berdua keluar dari kereta mereka disamping tindakan polis memukul Tian Chua di bahagian muka dalam pandangan orang awam dan media yang berada di tempat kejadian tangkapan.

Abdul Razak Bin Ismail sebagai Plaintif Ke-2 turut menuntut kerugian terhadap kerosakan kereta Proton Tiara miliknya yang terbakar dan rosak teruk semasa dalam tahanan dan jagaan pihak polis.

Kedua-dua mereka menuntut kerugian keterlaluan dan teladan untuk kecederaan, trauma, penindasan dan penghinaan dan relif-relif lain yang dianggap sesuai oleh Mahkamah atas apa yang mereka alami dan apa-apa yang dilakukan oleh pihak polis berjumlah RM4 Juta.

syafiq @ December 17, 2007



so ape komen en detektif?
adakah betul tindakan polis dan prosedure polis2
yg menangkap tian chua?
dan menuduh tian chua terlibat dlm
perhimpunan AMAN BERSIH
wpn die xde kat lokasi tu??