Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm.
Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang
tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian
abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak
yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar… kerja semua jejauh. Hidup
ini seolah tiada erti… selamanie setiap suka duka… pasti telefon dan
maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji… dapat keputusan bagus
dll… pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu
terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah…
ditelinga kirinya… dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya…
ini adalah kali pertama aku melihat kematian… masih
terbayang… abah memandang jauh kehadapan dan mata nya keatas… sambil
mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang… semoga roh
abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah
lebih dari seratus orang… syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian… sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau
nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh
harga. Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat… dah
selera makan. Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru.
Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak
payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat
office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak
clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad
pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa… kita takboleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa
tu. Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan
tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut
mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah. Pertama kali naik van
jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2
hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama
kali menjirus air mawar… semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga
takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah… memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika
ditutup muka abah, aku mencium dahi… pipi kanan… pipi kiri… dan
bangun… tetiba hati aku ingin terus mencium lagi… aku membongkokkan
kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir.
Semasa kecil aku selalu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama
tidak mencium pipinya.Ya Allah… tuhan segala alam… aku dan abang
mengangkat jenazahnya… dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan
pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata
sayu… penglihatannya kosong… setelah 36 tahun hidup bersama ayah…
kini tinggal seorang.

selaku seorang anak… aku tahu bagaimana kasih seorang abah.Abah
seorang pendiam… sabar.. dan alim… Jemaah masjid… bendahari
masjid… dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selama ini tidak perna
meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang sayang abah…
cuma… dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya… Lainnya pula
dengan emak… yang setiasa berterus terang… seringkali tidur di peha
mak hingga ke hari ini.

Kelmarin aku baca dairi abah. Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa
yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya
berkisar
tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi
abah catat… 18 February… shairizal beli kereta satria hijau 1.6…
abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam
1.00 pagi aku
telefon dari KL… abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan
anaknya. Abah catat shairizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok
dll… Abah
catat Kak Se keguguran… Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL…
menangis kami semua bila baca dairi tue… Abah sayang anaknya… tak
pernah tunjuk… sebab abah lebih suka mendiam
dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya
banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada
kawan kampong abah baru nie cakap “Abah kamu masa hidup selalu cakap
pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam
korang”. Tapi jauh disudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu
fikir aku bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah,
bil, kedai dll memang semua tersusun… Aku terjumpa buku nota kuliah
subuh abah yang terbaru… catatan terakhir yang abah tulis “hati orang
beriman sentiasa ingat kubur”… abah gariskan perkataan ingat kubur…
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk
meninggal. Dan menyerahkan kepada ALlah untuk melepaskan seksaan di
kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik… pantang anak saper
pasti dia dukung… bawak berjalan… cucu-cucunya setiap kali balik
pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada.

Ya ALLAH… aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan… tanpa
Abah…. baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi
abah seribu mak seribu… tapi Allah lebih menyayanginya… abah
meninggal 5hb… tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru
masuk 10hb Ogos 2002. Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk
majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami… “kubur ayah dikorek… pastu
ditanam…tanahnya masih penuh kat tepi… terlebih tandanya seorang
yang pemurah… sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus
semula masih tak cukup tanah. “abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun
dah meninggal” “Abah kamu waktu dimandikan dah bersih… tak der kotor
najis pun takder”… perkara itulah menyedapkan hati kami… untuk jadi
seperti abah….

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid… aku memulangkan semula duit
masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira
kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis… “Dulu abah
kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tue”…
Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau
keje apa sekali pun….

Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku… Talkin
buat abah masih segar… “Wahai hamba ALLAH… ketahuilah
kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar” dan kita
yang hidup akan pergi juga… Lelaki berat tanggungjawabnya… suami
menanggung dosa isteri dan anak-anak… isyaAllah selaku anak-anak kami
telah dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk
mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..Mak
juga seorang yang dan solehah… saya yakin Allah maha pengampun dan
maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan…

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua… tapi
sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak
tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada… jadikan
iktibar… cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir. Dan curahkan kasih
sayang tanpa selindung.Tunjukkan.

Al-fatihah…

Wassalam”

-anakmu

 

p/s:catitan ini saya peroleh daripada seorang hamba ALLAH yg telah kematian bapanya!