anda bangga menjadi seorang WANITA
MUSLIM…?.Baik untuk direnungi

Kaum Feminist kata : SUSAH jadi WANITA
ISLAM….lihat sahaja peraturan di bawah
ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari
suaminya apabila hendak keluar rumah.
3. Wanita kurang menjadi saksi
berbanding lelaki.
4. Wanita menerima harta pusaka kurang
dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan
mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suami tetapi
suami tak harus selalu taat pada isterinya.
7. Wanita tidak boleh menjatuhkan talak
ke atas Suaminya.
8. Wanita kurang dalam beibadat kerana
masalah haid dan nifas

Maka Kaum Feminisme ( Pejuang Hak-hak
Wanita ) tidak henti berpromosi untuk “
MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM “….Pernahkah
kita lihat disebalik kenyataan ini ?.

Benda yang mahal harganya tentu akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yang teraman dan terbaik.
Sudah pasti Intan Permata tidak akan
dibiar berselerak bukan ?. Itulah
bandingannya seorang Wanita Islam ( Al
Quran Surah An-Nisaa ).

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya ( Hadis Nabi ).
Bukankah ibu adalah seorang wanita ?.

Wanita menerima harta pusaka kurang dari
lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya manakala lelaki menerima
harta pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk isteri dan anak-anaknya. ( Al
Quran Surah An – Nisaa dan Hadis Nabi )

Wanita perlu bersusah payah mengandung
dan melahirkan anak tetapi setiap saat
dia didoakan oleh seluruh malaikat dan
seluruh makhluk Allah di muka bumi ini
dan matinya jika kerana melahirkan
adalah Mati Syahid ( ke Syurga – Hadis
Nabi ).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
ini : Isterinya, Ibunya, Anak
perempuannya dan Saudara perempuannya (
Hadis Nabi ).

Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 orang lelaki ini : Suaminya,
Ayahnya, Anak lelakinya dan Saudara
lelakinya ( Hadis Nabi ).

Seorang wanita boleh memasuki Pintu
Syurga melalui mana yang disukainya
dengan cukup 4 syarat sahaja:
Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadan,
Taat kepada suami dalam mengerjakan
kebajikan rumahtangga dan Menjaga
kehormatannya ( Hadis Nabi ).

Seorang lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya yang menyuruh melakukan
kebaikan serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada Allah SWT akan
turut menerima pahala seperti pahala
orang yang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

Maha Suci Allah….demikian sayangnya
Allah SWT pada wanita….Wallahu alam
bish-showab