As-Salaamu ‘alaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang
sentiasa berusaha menjaga auratnya
sering menghadapi perlian seperti di
atas. Maka berikut adalah beberapa
jawaban saya yang mungkin dapat
membantu rakan-rakan muslimah bagi
menjawab perlian tersebut. Saya
letakkan dalam bentuk point supaya
lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah
dinilai berdasarkan akhlak, perangai,
mahupun dressing semata-mata. Tapi,
dinilai bermula dari dasar akidah dan
keimanan seseorang itu kepada Allah.
Dinilai mengikut seberapa usaha untuk
mereka taat kepada Allah. Inilah aspek
pertama yang sewajarnya kita tanamkan
dalam diri masing-masing yang mengaku
sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan
menutup aurat bukanlah untuk fesyen
atau suka-suka. Tapi adalah kerana
ianya merupakan perintah Allah.
Berakhlak baik juga merupakan suruhan
dan tuntutan sebagai muslim. Tidak
kira siapa saja insan yang bergelar
muslim, maka dia wajib menutup aurat
seperti yang diperintahkan dan
berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas
dari setiap kewajibannya. Biarpun anda
seorang pembunuh, perompak, penyamun,
penzina, mahupun kaki lepak. Anda
sebenarnya tidak pernah terlepas untuk
menunaikan kewajiban bersolat!
Sekiranya anda telah sah muslim.
Jangan ingat andai anda seorang yang
jahat, maka anda terlepas dari
kewajiban solat? Sungguh tidak sama
sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh,
perompak…) sekalipun, anda tetap wajib
jalankan perintah Allah, bahkan wajib
segera tinggalkan kejahatan anda
tersebut. Begitu jugalah dengan
kewajiban bertudung! Biarpun anda
seorang yang jahat dalam hal yang
lain, jangan ingat anda patut
tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak
pernah terlepas dari kewajiban itu,
walaupun anda menganggap diri anda
masih tidak layak bertudung… sungguh,
itu semua hanya imaginasi sampah anda
sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah
kesalahan. Tidak menutup Aurat juga
satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-
dua (tutup aurat dan berakhlak baik),
anda telah lakukan dua kesalahan.
Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-
dua.

5 – Mereka yang mengatakan
statement “Alaah! Perempuan Pakai
Tudung Pun Perangai Buruk!”,
Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak.
Malahan ditambah dengan satu lagi
kerosakan, iaitu kerosakan minda dan
jiwa. Anda sebenarnya telah
memperlekehkan hukum Allah. Anda juga
telah memperlekehkan insan yang sedang
berusaha mentaati perintah Allah
(dalam bab tutup Aurat). Apakah anda
perasan bahawa anda sudah lebih baik
berbanding insan yang menutup aurat
tersebut apabila anda berani
melafazkan kalimat keji seperti itu,
sedangkan anda sendiri membiarkan
aurat anda terbuka?! Kenapa anda
mencerca insan yang berusaha untuk
memakai pakaian yang disarankan oleh
Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih
baik berbanding apa yang telah Allah
tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau
cantik dan tidak cantik… semuanya
adalah tidak muktamad pada kacamata
hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia
mestilah berpandukan kepada petunjuk
Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak
sedikitpun dalam menetapkan syari’at2
tertentu di dalam agama dan kehidupan
ini. Bahkan, kitalah yang wajib
menundukkan hati kita kepada-Nya.
Allah berhak menetapkan segalanya.
Allah juga sebenarnya telah amat
banyak memberikan kelongaran kepada
kita. Namun, kebanyakan manusia itu
sahaja yang sememang tabiatnya gemar
melampaui batas. Berbahagialah kepada
sesiapa yang berusaha sedaya upaya
dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam
sesuatu ketaatan itu wajar
meninggalkan ketaatan yang lainnya
juga? Adakah manusia yang bergelar
pembunuh itu wajar meninggalkan
solatnya? Adakah insan yang belum
sempurna akhlaknya itu tidak
sepatutnya menutup aurat? Adakah
mereka orang yang tidak cukup puasanya
itu tidak perlu membayar zakat? Saya
katakan… anda siapa untuk mengatakan
mereka tidak layak? Bahkan, solat itu
tuntutan ke atas seluruh umat Islam.
Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti
ini… kita sewajarnya saling nasihat-
menasihati. Agar dapat menambahkan
kesempurnaan diri dalam usaha
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Melainkan ada kerosakan di dalam hati
dan jiwanya, pasti tindakannya hanya
mahu memberontak dan tidak senang
dengan orang lain dan terhadap apa
yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya.
Ketahuilah, wujudkah manusia yang
benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga
Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu
yang sahihah!

“Sesiapa yang memakai pakaian demi
kemasyhuran, maka Allah akan
memakaikannya pada hari Qiamat yang
semisal, kemudian membakarnya dengan
api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-
nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami
telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutup auratmu dan pakaian
indah untuk perhiasan. Dan pakaian
takwa itulah yang paling baik. Yang
demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-
mudahan mereka selalu ingat.” (al-
A’raaf 7: 26)

diperolehi dr seorg kawan,my ex-schoolmates

Advertisements