BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya
akan terlintas di benak kita sepasang insan yang
sedang mabuk cinta dan dilanda
asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang
kemudiannya memasuki sebuah biduk
pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah
cinta itu fitrah setiap anak adam?
Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?
CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah (insting) untuk mencintai
lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang
ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali
yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai
dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka
merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah
bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah
SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain
fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka
ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan
dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang
beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara
dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan
norma yang sesuai dengan syariat.
ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana
firman-
NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-
Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan
kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan
katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-
Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka
mennampakkan perhiasannya, kecuali yang
biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-
isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh
mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi
semua
jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a.
berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu
juga dengan
wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelaki
dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum
yang
berbeza jenis, harus disampaikan dari
balik tabir
pembatas.
Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian
meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
maka mintalah dari balik hijab.
(al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki
Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita
kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata;
Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari
kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis
Riwayat
Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan
(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya
ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman
ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu
sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di
dalam
hatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah
beberapa
etika yang diperintahkan oleh ALLAH
kepada para
isteri Rasulullah SAW serta kepada para
wanita
mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain tanpa suara
merdu,
dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu
Kathir
3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata;
Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum
besi itu
masih lebih baik daripada menyentuh kaum
wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan
Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam
hadis ini terdapat ancaman keras
terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW
tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam
saat-saat penting seperti membaiat dan lain-
lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh
tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki
dan wanita
selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah
r.a. dari
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya
dari zina, yang pasti akan mengenainya.
Zina mata
dengan memandang, zina lisan dengan
berbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-
angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat
Bukhari,
Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan
zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati
kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-
NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk.
(al-Isra: 32)
Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis
tadi, maka
tidak diragukan lagi bahawa bercouple
itu haram,
kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin
menundukkan pandangannya terhadap
kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan
boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya
sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di
luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan
mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling
menyentuh antara lelaki dan wanita,
meskipun itu
hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh
dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut
adalah
lumrah dilakukan, padahal satu hal saja
cukup
untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi
kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?
Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin
ditanya
tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum
nikah,
baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya
adalah haram, kerana tidak boleh
seseorang untuk
bersenang-senang dengan wanita asing (bukan
mahramnya) baik melalui ucapan, memandang,
atau berdua-duaan. Sebagaimana
Rasulullah SAW
bersanda: Janganlah seorang lelaki
bedua-duaan
dengan seorang wanita kecuali ada bersama-
sama mahramnya, dan janganlah seseorang
wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin
ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang
bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan itu
haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak
diperbolehkan,
kerana boleh menimbulkan syahwat di antara
keduanya, serta mendorongnya untuk
bertemu dan
berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan
dalam hati seseorang untuk mencintai
penzinaan
yang akan menjerumuskan seseorang pada
perbuatan yang keji, maka dinasihati
kepada setiap
orang yang menginginkan kebaikan bagi
dirinya
untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan
melalui telefon, serta perbuatan
semacamnya demi
menjaga agama dan kehormatan dirinya.
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya
kalau
ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan
wanita asing (bukan mahram) dengan
pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,
seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik
melalui telefon atau lainnya).
Sebagaimana firman
ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan
suara, sehingga berkeinginan orang-orang
yang
berpenyakit di dalam hatinya.
(al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah
keperluan, maka hal itu tidak mengapa
apabila
selamat daripada fitnah, akan tetapi
hanya sekadar
keperluan.
Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari
matahari di
siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan
dalil yang
sangat rapuh, antaranya:
Tidak Boleh dikatakan semua cara
bercouple itu
haram, kerana mungkin ada orang yang
bercouple
mengikut landasan Islam, tanpa melanggar
syariat
Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan
Islam
itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak
pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh
menghindari
dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.
Yang mana hal itu jelas haram
berdasarkan dalil
yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,
perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor,
yang mana
hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa
bercouple,
kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada
kalau
terjadi setelah menikah.
Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan
karaktor
calon isteri mahupun suami merupakan
satu hal
yang diperlukan sebelum memasuki alam
pernikahan, agar tidak ada penyesalan di
kemudian
hari. Namun, tujuan ini tidak boleh
digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia
haramnya.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang
jatuh
cinta akan berusaha bertanyakan segala
yang baik
dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh
cinta
akan menjadi buta dan tuli terhadap
perbuatan
kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.
Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena
pergaulan bebas
dan pengabaian terhadap nilai-nilai
murni Islam
berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi
menitik
beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan
yang
dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran
dan sunnah
rasul-NYA. Mereka bukan setakat
mengabaikannya dan menganggap perkara itu
tidak penting, bahkan mereka
menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan
aktiviti
mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan
semata-mata itu. Nauzubillah
Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang
seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah
dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan
katakanlah salah kepada yang batil.
Janganlah
berhujah untuk membenarkan perkara yang
telah
terang haramnya di sisi ALLAH.

39 comments
Sumber komen-komen untuk artikel ini
November 18, 2007 pada 1:19 pm
Musyikil
Salam…
di sini ana ade kemusykilan ttg hukum bercouple
cmne kalu dah couple, pastu hati mmg dah syg..
then dah terbace artikel ni pastu terus nk mntaq putus
bkankah itu membuatkan ati psgn teluka?
cmne plak kalu kite melukakn hati sesama insan?
even kalu kite couple bkan krana nafsu
tapi sering berdakwah, igt mengigati sesame pasangan…
adakah couple itu dikira HARAM gak????
hurm jawablah…
sy musykil la
November 18, 2007 pada 5:19 pm
almerbaui
salam musyikil
adakah anta/anti rela melukakan hati yang MAHA PENCIPTA daripada melukakan hati makhluk yg diciptanya??
apa salahnya anta berkorban demmi kebaikkan..sememangnya setiap perubahan ke arah kebaikkan tentu ada keperitan..sabar di dunia krn di akhirat kelak ada balasannya..
apa maksud nafsu??bukankah kehendak?keinginan?cinta adalah kehendak utk dicintai dan disayangi..berkenaan ttg saling berdakwah,sudah habis ke ustaz2,ustazah2 atau alim ulama’ di malaysia nie yg patut dirujuk atau yg patut menyebarkan dakwah?sebenarnya itu adalah alasan yg ditumpang bagi menutup kisah cinta kt itu sbg satu perkara yg baik..
jika anta baca secara mendalam dan menyeluruh ttg artikel diatas,sememangnya ia ada jawapannya..fahami betul2..
adakah anta mmg betul2 mengamalkan ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM?
contoh soalan anta dan jawapan yg ana ambil dr artikel diatas.
“Tidak Boleh dikatakan semua cara
bercouple itu
haram, kerana mungkin ada orang yang
bercouple
mengikut landasan Islam, tanpa melanggar
syariat”
Jawabnya:
Istilah bercouple berlandaskan
Islam
itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak
pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh
menghindari
dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.
Yang mana hal itu jelas haram
berdasarkan dalil
yang kukuh.
p/s:ana harap musyikil dapat memahami..seandainya ana terkasar bahasa maafkan kerana ana juga insan yg lemah.
November 19, 2007 pada 1:01 pm
Musyikil
oooo…br ana tau,
mmg btul.
tp bhgian xde ustaz n ustazah pula
kalu mcm tu, dunia ni perlu usataz n ustazah je la ntuk mengingti sesame insan
kalu kes y melibatkan disesuatu kawasan
hanye ade 3 org,tp xde pun ustaz/ustazah
maka mereka xdapat menasihati la kalu nmpak org bwt maksiat?
kn call ustaz atau ustazah dtg ceramah kpd pema’siat tu
p/s:ana pun meminta maaf kalu bahasa ana xberapa elok.
November 19, 2007 pada 3:33 pm
almerbaui
alamak!xde ustaz ustazah lak…
refer je la kpd org yg lebih arif dr anda…
sbb itu Islam mewajibkan umatnya mencari ilmu..
sampai ke negara china sekalipun..
nasihat nie xsemstinya dtg dr org alim ulama’,wali sunan kalijaga ke,nik abdul aziz nik mat ke,dr abdul aziz rantinsi ke n etc..
nasihat dan teguran nie datang dr org yg tahu..org yg ada pengetahuan..
contohnya..anta tahu bahawa bukak aurat tue haram,sound la kawan tue..ckp leklok,haram bukak aurat..sama mcm anta ckp td..
dah anta tahu ia maksiat,tegurla..islam menekankan umatnya supaya selalu berpesan2..saling mengingati..cuma kekuatan tue jer..kekuatan dan semangat..
nie la cth sket:
anta tgk saudara family anta buat maksiat dalam rumah anta..ur siblings la..takkan la anta nak p turut imam masjid kampung p nasihat..dah anta tahu yg benda tue salah,ape nak takut,tegur la..berani kerana benar.
November 20, 2007 pada 6:00 pm
Musyikil
Alhamdulillah,
ana baru faham penjelasan anta
insyaAllah
marila kita bersama2 mencegah perbuatan ma’siat
jazakallah hu hairan kathira
salamun alaik…
November 21, 2007 pada 3:11 am
amie2812
Subhanallah..Syabas! satu kupasan yg menarik n mampu mengupas sepenuhnye kemusykilan tentang hukum couple,memandangkan sekarang ni byk sangat alasan2 yg depa ( yg bercouple) gunekan utk menghalalkan budaya couple ni.kekadang ade gak yg sanggup menjual agama demi mencapai kehendak hati masing2 .semoga ‘depa’ nie sedar akan dosa yg depa ni lakukan.sama2 la kita doakan agar depa ni berubah .InsyaAllah.
Januari 5, 2008 pada 12:47 pm
ssobri
tu la. masalahnya movie2/drama skrg mesti ada tema cinta sebelum kahwin.
Bila bercinta sebelum kahwin, ditakuti selepas kahwin nnti rasa cinta & sayang tu dah kurang… Sebab tu orang sekarang kahwin ramai yg bercerai-berai. Ditambah pula artis yg menjadi idola mereka pun melakukan perkara yg sama
Januari 6, 2008 pada 3:37 am
almerbaui
tue la pasal
apa kata kt undi krjn yg akan jdkan malaysia negara islam..
mesti hal2 media nie dpt dibendung..
Februari 27, 2008 pada 9:42 am
nadia
assalamualaikum..
jika begitu,bagaimana caranya bg seseorang itu menerangkan hukum yang sebenar kepada pasangannya? sememangnya kadangkala tindakan itu amat berat untuk dilakukan, lebih2 lagi jika kita sudah terlalu sayang..bagaimana pula dengan bercinta selepas bertunang?harap sya mndapat pnerangn yg lbh jelas,terima kasih..assalamualaikum..
April 1, 2008 pada 9:31 am
safura
klu kita sayang pada seseorang kita mesti tak nak orang yang kita sayang masuk neraka kan..apabila kita bercouple ini menyebabkan kita membawa skali orang yang kita syg ke api neraka bersama dengan kita..untuk mengelakkan menikahi atau berpuasa ini dapat menghindari kita dari maksiat insyallah..slalu lah mengingati kpd allahSWT..
April 1, 2008 pada 9:33 am
safura
ini hanya ape saje yang say tahu..klu ade yang xbtol dtg dr sy sendiri dan yang baik dtg dari Allahswt..wasalam
November 10, 2008 pada 2:22 pm
frustrated_gurl
aq nie pn frus menonggeng sbb lelaki..
teringin nk kapel g2
tpi bla aq dh bca bnda nie…………… alamatnya knalah aq batalkan niat aq tue…
Mac 15, 2009 pada 2:41 pm
nurulsmns
baru la ak fhm psl hukum kapel ni..
tp kan,kat klas aku rmai sngt org kapel.then,ble ckgu mesyuarat,dorg msti dating dlm klas ak..ad la dlm 5 kapel dating dlm 1 masa..ak pon naek rimas tgk nyer..ape aku nk buat ni??
April 3, 2009 pada 6:45 pm
lya
pas je sy baca artikel nie..sy rasa amat2 sedih..kerana selama ini sy mengabaikan hukum Allah yang satu nie…selama ini sy sibuk mencari cinta manusia yang ternyata sementara hingga lupa mencari cinta Allah yang ternyata kekal abadi. lepas je baca artikel nie, sy terus mintak putus dengan BF sy..tapi die taknak lepaskan sy..sy tak niat nak lukakan hati die..tapi demi mencari keredhaan Allah..sy teruskan..sy harap satu hari nanti die akan terima keputusan sy…
Jun 2, 2009 pada 8:16 pm
eqwan
Halal dan haram…
Imam syafie pun x berani nak cakap halal haram main-main…
Bercinta Sebelum Kahwin:
Qaradawi : Makruh Tahrimi (Makruh menghampiri haram)
Abu Syuqqah (Kawan Qaradawi): Makruh Tanzihi (Makruh menghampiri harus)
Syeikh Atiyyah Saqr: Harus asal tak buat benda haram.
Jun 6, 2009 pada 1:17 pm
eqwan
Perlu lebih jelas yang haram bercinta atau perbuatan orang yang bercinta tu.
Julai 5, 2009 pada 2:07 pm
Ash_my
ana rasa better antum semua baca artikel tentang kapel kat link nie…
http://ashraf.jilunmutqin.com
Julai 5, 2009 pada 11:17 pm
amirah
salam…sy mmg tau n insya Allah fham ape yg dmaksudkn….
sy cume ade msalah nk buat spy org skeliling sy fham knape couple 2 hram…
ssah nk ykinkn diorg spy jgnla couple…
mksud sy…sol. yg biase diorg tnye adelah…klau x couple cmne plak nk kawin..?cmne nk tau prangai org 2?xkan trus kawin je…?klau ttibe kte x ske prangai die cmne?
sy ckp psal baitul muslim (sy kurg arif.cume smpikn ape yg dberitahu senior2)…tp x dpat nk convincekn diorg….jd sy just nk mntak tlong cmne nk trangkn cmne ssorg 2 nk cri bkal istri/suami mreka..(dgn kte lain proses baitul muslim sbnanye…) tq ssgt…
Julai 12, 2009 pada 12:10 am
zam.....
knp manusia hanya nampak pada kejahatan??? knp manusia tidak nampak pada kebaikan???.. knp gunakan istilah couple??? knp x gunekan istilah bercinta??? bukankah maksodnye same… gune istilah yg betul kalo nak huraikan hadis… huraikan ayat alquran gune cara istinbat hukum yg betol… kadang2 hukum ade yg berbeza.. mcm contoh.. hukum meyentuh lelaki perempuan.. ade mazhab yg menetapkan hukum menyentuh laki pmpuan tidak terbatal wudhu’ dan ade mazhab menyatekan hukum menyentuh laki pmpuan membatalkan wudhu’.. cara mengistinbat hukum berlainan.. jadi.. tolong pelajari cara menurunkan hukum berdasarkan landasan syariah islamiah.. byk lg yg perlu dipelajari dlm islam… jgn hanye sesuka hati menurunkan hukum…
Ogos 3, 2009 pada 5:22 pm
zil
saya mau tanya betul kah sebenarnya islam mengharamkan sama sekali kita sebagai manusia untuk bercinta? kalu cinta itu membawa saya ke arah lebih baik bagaimana? kerana sebelum ini saya tidak memakai tudung namun saya tidak pernah berpakaian yang menjolok mata.setelah saya menemui seseorang dan dia lebih menyarankan saya untuk bertudung,membaca yasin kerap kali dan jika saya ditimpa masalah dia sering menasihati saya untuk melakukan solat hajat.saya harap saya boleh mendapat respon mengenai hal ini kerana saya terlalu keliru.
Ogos 21, 2009 pada 12:07 am
gadis buntu
selepas baca artikel ni….saya kini baru faham sepenuhnya tentang hukum couple…namun,izinkan saya meminta pendapat..bagaimana jikalau hubungan kami ini sudah sampai ke pengetahuan ibu-bapa kami???malahan mereka agak rapat…mereka juga merestui hubungan kami..namun,kami belum lagi boleh berkahwin oleh kerana tanggungjawab kami sebagai pelajar belum lagi terlaksana..namun di sebalik itu,ayah saya pula yang menghalang hubungan kami…namun saya tetap berhubungan dengannya secara rahsia tanpa pengetahuan ayah sya,kerana saya tidak sanggup melukai hatinya kerana cinta yang terlalu kuat baginya….ibu saya pula turut merahsiakan hubungan kami ini dari ayah saya….namun begitu,secara jujur,saya rasa berdosa kerana membohongi ayah saya,dan juga kerana bercouple dengannya memandangkan kanmi suka bertentangan mata setiaaaap kali berjumpa….selain itu,kami sering berdua-duaan…namun saya tidak mengendahkan sume itu hanya kerana saya ingin selalu membahagiakannya…saya tidak ingin dia bersedih…pernah jua beberapa kali saya cuba untuk memutuskan hubungan kami,saya berdoa..saya tidak menghieraukan dirinya..namun ternyata itu sangat terseksakan,dan saya tidak boleh mengawal kesedihan hati kerna terlalu rindu padanya..akhirnya…saya meneruskan semula hubungan kami walaupun hati saya diosaluti rasa bersalah yang beitu menebal pada ayah dan juga kepada YANG MAHA ESA….sekarang tolonglah…bagaimana lagi harus saya melupkannya..adakah wajar saya putskan hubungan ini….jikalau ya,bagaimana pula dengan janji-janji kami untuk saling mencintai dan tidak akn berpisah walau apa pun terjadi???saya tidak sanggup memungkiri janji memandangkan saya sayang sangat padanya,dan terlalu mencintai dia……..bantulah saya…bnerikan jawapan yang sebaiknya..
Ogos 26, 2009 pada 2:57 pm
balqis
saya bersyukur sangat…sebabnya ada orang yang minx couple ngan saya… tapi bersyukur sangat…mula-mula tu agak berat hati nk tolak…tapi akhirnya saya dapat tolak jugak…sebab orang tu mmg baik…tapi bila difikirkan keluarga…saya terus tolak…alhamdulillah..
September 3, 2009 pada 5:58 pm
sya
sy memang byk membaca dan mendengar tentang hukum couple..dan banyak kali juga berusaha untuk memutuskan hubungan tak halal nie..
tp disebabkan kedaifan iman..sy sering tewas.
oleh yg demikian,sy minta dikahwini..
tp masalahnye die xmampu.alasannye masih blajar dan xde duit..
sy skrg menderita nak kahwin sampai sy merendahkan hantaran sehingga serendah2nya..tp dia still xmampu dan sy xboleh memaksa dia..jd,hubungan couple dteruskan spt biasa dgn keadaan sy yg tersiksa batinnya..
memang kami xpernah bersentuhan tp bicara dan hati sering melakukan maksiat.
sy minta pertolongan kalian..mungkin melalui kalian sy menerima hidayah-Nya.
September 6, 2009 pada 2:53 am
hakim
syukur….masih lg ada golongan yang sedar dan paham…namun budaya couple ini sudah diterima pakai oleh remaja zaman sekarang…dan golongan yg menentang couple adalah amat sedikit dan boleh dibilang..malahan ada juga dikalangan kita yg mengetahui couple itu haram namun masih juga meneruskan…
September 18, 2009 pada 10:03 pm
Umar-
Musykil-
Sume bts pergaulan kiteorang jage..contact pun sbulan skali..cume yg x dpt dielakkan ialah RINDU..
tp..tiap kali rindu..msti kitorang ingt ALLAH>..mcm mane tue..??
September 27, 2009 pada 9:36 pm
insan kerdil dcc Allah
salam sahabat2..time kasih coz kalian byk bg k’sedaran dan k’insafan padaku..laman ini byk m’beri nasihat agama,khususnya bab couple..sesungguhnya hanya cinta Allah cinta hakiki..
Oktober 11, 2009 pada 4:49 pm
Diyanah
salam.. em. memang couple 2 haram jika tidak dijaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syariat. tapi, sekiranya seseorang itu menjaga batas syariat seprti tidak pernah dating, tetapi berhubungan melalui hanset, macmamna pla tu?..
Oktober 15, 2009 pada 2:30 pm
zahira
assalamualaikum..
sya mhu bertnyakan suatu soalan..
jika couple itu haram,adakah kita mencintai seseorang tapi tidak couple itu juga haram hukumnya??
mksd sya,kita suka pda seseorg tapi org 2 tak tau kita ske dia..adakah perasaan itu juga haram seperti mana bercouple?
terima kasih
Oktober 30, 2009 pada 1:39 pm
efa
assalamualaikum…
rasa betul2 insaf dengan pnjelasan yang telah diberikan…
November 3, 2009 pada 10:27 am
hmba allah
Salam..laman ne sgt bgus bagi remja2 sekarang..tp kebanyakan remja2 xambik berat sal hukum2 agama ne..bgi sya,couple 2 haram lau pasangan 2 buat benda2 yang bertentangan dengan islam cm dduk berdua2an,sentuh yang bkn mhrim ndan sebagainya…jd bkan semua kn couple 2 haram????????????
November 21, 2009 pada 1:31 pm
gong ju
urm…ni based on pngtahuan yg sy ade dr bhn bcaan, nsihat dr senior…
couple 2 hram sbb die mmbawa kd zina. ye sy tau ad yg akn kate sy x g dating pon xjmpe pon..msg je…slalu ingt mngingati mmsg…
zina yg dktakan di sini adlh..
zina hati – bile kte tringtkn bf/gf kte 2 msti dgn prasaan kn..?dh mkan ke?wtpe..?so prasaan cmnila yg mmbawa kpd zina hati
zina mata – pndang bf/gf msti dgn prasaan syg ke cinta ke…bab kte pptah mlayu dr mta trun ke hati..dr pnyakit mte ke pnyakit hati…
zina perbuatan – yg mcm anda2 sum sedia tahu la kn…
sbb 2 la adenye ayt jgn mndekati zina…ini lah die…
hrap ini dpat mmbntu pmahaman rkan2 n klau ade yg slah mnta dbtulkan…
Disember 5, 2009 pada 1:49 am
saya ingin tahu...
assalamualaikum….
urm…
sy nk tnye 1 soalan..
jika couple itu haram,adakah kita mencintai seseorang tapi tidak couple itu juga haram hukumnya??
mksd sya,kita suka pda seseorg tapi org 2 tak tau kita ske dia..adakah perasaan itu juga haram seperti mana bercouple?
Mac 20, 2010 pada 4:34 pm
hemm
mncintai s’seorg tu fitrah bgi smua org ,
xslah klau nk suke org tu , dgn syarat org tu x tahu yg kte suke dy .
kite juz b’doa spye kte ade jodoh dgn si dy ,
klo cmtu kte dh berjihad kerana m’perthnkn cinte kte .
xsalh suke org tu , klau org tu tak tahu kite ske dy , berjihad demi Allah ,
maap kalu salah ,
Disember 29, 2009 pada 5:48 pm
aku_bukansape2..
alhamdulillah..
ana smemngnye tahu tntg hukum couple..
cme kdg2 ana kliru krna ade yg mngatakannya harus..
alhamdulillah..
ana msih lg blum terjerat dgn hbungn couple yg serius..
ana sgt terharu bace artikel anta ni..
ckup mnyedarkan sluruh umat islam..
ana pnah cbe mnyedarkan mreka yg bcinta ni..
tp mreka menendang kmbali hujah2 ana..dan seolah2 mreka lbih bnar..
dan mreka jg mngatekan..bhwe normal bg wanita x bertudung krne ianya mngikut predaran zaman..
ana cube mematahkan hujahnye..ttp hampa yg ana dpt..
Januari 1, 2010 pada 3:49 pm
Blessed to be a MUSLIMAH » Tentang cinta
[...] are links about COUPLE ani complete with dalil and huraian almerbaui.wordpress.com/2007/11/17/hukum-bercouplehalal-or-haram/ and [...]
Januari 4, 2010 pada 11:45 pm
penawarsyifaa
salam…panjang lebar dan terperinci kupasan dr pd shbt2..sy amat berpuas ht dan mgambil nya sbgai pnduan dan tauladan..akan ttpi sy jg manusia biasa yg lemah dengan cabaran dunia…apatah lg pd usia rmaja ini…rasa cinta yg hadir dalam diri styp insan adalah lumrah alam…sukar untuk d trima dan d tolak dgn mudah,aptahlagi kta sudah mlafazkan kata cinta dan sayang..namun jauh trdetik dfkrn akan cinta ALLAh yang satu dan hakiki…sya harap ALLAH mem bukakan hati saya dan dia ,dgn memberikan kami jalan yang terbaik..amin..terima kasih pada maha pemilik segala cinta…trima kasih atas diskusi yang menyentuh rasa hati..jazakillah..
Januari 28, 2010 pada 3:15 pm
annaz
~nape bnyk soklan pmbca y x dpt reply..
cy nk tau jwpn dy coz most of da conflict i hve in mind was stated fr da earlier respondents…
~pls n tq
April 7, 2010 pada 9:47 pm
zealous
aku minta pada tuhan setangkai bunga ros yang segar, dia beri aku kaktus berduri, aku minta kupu2, diberi ulat beluncas..aku sedih, namun kemudian kaktus itu berbunga, sungguh indah sekali…dan ulat itupun menjadi kupu2 yang cantik..itulah jalan tuhan, indah pada masa yang ditetapkannya.. tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi dia memberi apa yang kita perlukan…kadang2 kita rasa kecewa, sedih, terluka, tapi jauh diatas sana dia sedang megatur YANG TERBAIK UNTUK SEMUA…RENUNGKANLAH
April 24, 2010 pada 3:05 pm
confuse
saya telah pown bercouple dgn seseorang yg bukan satu sekolah dgn sy,tetapi tidak pernah berdating atau melakukan prkara2 sumbang dn insyaAllah akn menjg bts2 pergaulan serta hanya bercouple melalui ‘handphone’………..adakah hukumnya tetap haram bg permasalahan ni????????